CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30617|Reply: 0

[Perlis] Seekor lagi ikan lumba-lumba ditemui mati di Perlis

[Copy link]
Post time 20-9-2024 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Seekor lagi ikan lumba-lumba ditemui mati di Perlis


Oleh BERNAMA - September 19, 2024 @ 6:01pm






Kakitangan Jabatan Perikanan memeriksa bangkai ikan lumba-lumba yang terdampar di pesisiran pantai Kurong Tengar di Kuala Perlis.




KANGAR: Seekor lagi ikan lumba-lumba ditemui mati di persisiran Pantai Kurong Tengar di Kuala Perlis, dekat sini awal pagi tadi.

Penemuan bangkai ikan lumba-lumba itu tular melalui Facebook PerlisAktif yang menyatakan ikan berkenaan dijumpai terdampar di kawasan itu pada 1.49 pagi.

Pengarah Perikanan Perlis, Mohammed Roshaizat Mustaffa berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan penemuan bangkai ikan daripada spesies Irrawaddy dolphin atau lumba-lumba empesut itu pada 8 pagi.

"Ikan lumba-lumba ini dianggarkan berusia antara 26 dan 30 tahun berdasarkan saiz serta warna badan, dengan berat antara 90 kilogram (kg) dan 120kg. Sebab ia mati masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Bernama turut melaporkan bangkai seekor ikan lumba-lumba spesies yang sama dianggar seberat 130kg ditemui terdampar di kawasan Kuala Sungai Padang dekat sini.

Mohammed Roshaizat berkata faktor arus kuat ketika air pasang dan ombak besar akibat ribut boleh menjadi penyumbang kepada kejadian mamalia marin seperti paus dan ikan lumba-lumba hanyut lalu terdampar di pantai.

"Mamalia marin yang lemah atau cedera mungkin tidak dapat melawan ombak yang kuat membuatkan akhirnya terdampar.

Ribut juga boleh mengganggu kemampuan navigasi haiwan berkenaan kerana ia bergantung pada echolocation dan medan magnet bumi untuk mencari arah.

"Gangguan cuaca seperti ribut atau perubahan mendadak dalam tekanan atmosfera boleh menyebabkan mamalia marin ini kehilangan arah dan secara tidak sengaja terdampar di pantai," katanya.
- BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300462/seekor-lagi-ikan-lumba-lumba-ditemui-mati-di-perlis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list