CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9990|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah bertambah 6,575 orang, berpindah ke 39 PPS

[Copy link]
Post time 20-9-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah bertambah 6,575 orang, berpindah ke 39 PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 20, 2024 @ 2:20pm [email protected]







Imam Masjid Tuan Hussien, Mohamad Adib Omar, 60, menggunakan tong plastik untuk hadir mengimamkan solat Jumaat selepas masjid ditenggelami banjir. - Foto NSTP/ Wan Nabil Nasir





ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menjadikan keseluruhan 39 PPS yang menempatkan 6,575 mangsa daripada 2,070 keluarga.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 1.45 tengah hari ini dan meningkat berbanding 6,087 mangsa daripada 1,942 keluarga di tujuh daerah pada jam 7.30 pagi hari ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Kota Setar terus mencatatkan pertambahan mangsa yang berpindah ke 11 PPS iaitu seramai 2,813 mangsa daripada 927 keluarga berbanding 2,424 mangsa daripada 821 keluarga pagi tadi.

Daerah Kubang Pasu juga menunjukkan peningkatan apabila dua lagi PPS dibuka menjadikan 11 PPS aktif di daerah itu yang menempatkan seramai 1,546 mangsa daripada 499 keluarga berbanding 1,537 mangsa daripada 498 keluarga sebelum ini.

Selain itu, lima PPS di Pokok Sena menunjukkan penurunan iaitu seramai 917 mangsa daripada 273 keluarga setakat ini berbanding 925 mangsa daripada 285 keluarga.

Dalam pada itu, Pendang juga mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 923 mangsa daripada 262 keluarga berbanding 806 orang daripada 221 keluarga di lima PPS di daerah itu.

Selain itu, Kuala Muda pula kekal kepada 184 mangsa daripada 61 keluarga di tiga PPS daerah itu dan Bandar Baharu pula menurun 128 mangsa daripada 29 keluarga berbanding 131 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di sebuah PPS pagi tadi.

Kulim pula mencatatkan jumlah penurunan iaitu 64 orang daripada 19 keluarga berbanding 80 mangsa daripada 25 keluarga pagi tadi.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan melalui laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan enam sungai di negeri ini masing-masing tiga di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu masih kekal melepasi tahap bahaya setakat jam 1 tengah hari hari ini.

Lima daripada sungai berkenaan mencatatkan trend menaik manakala satu sungai di Kubang Pasu menunjukkan trend menurun setakat ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300759/mangsa-banjir-di-kedah-bertambah-6575-orang-berpindah-ke-39-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.044239 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list