CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13113|Reply: 0

[Kedah] Bala menanti mereka yang masuk kawasan banjir sekadar buat 'content'

[Copy link]
Post time 20-9-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Bala menanti mereka yang masuk kawasan banjir sekadar buat 'content'


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 20, 2024 @ 6:57pm [email protected]







Imam Masjid Tuan Hussien, Titi Gajah, Mohamad Adib Omar,60, menaiki 'tong biru' yang digunakan untuk membawa Jemaah yang datang utk Solat Jumaat hari ini.





ALOR SETAR: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang memasuki kawasan terjejas banjir semata-mata hanya untuk sekadar membuat 'content' (kandungan) di media sosial.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata orang ramai sepatutnya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir dan bukannya mengambil kesempatan atas kesengsaraan orang lain semata-mata untuk naikkan rating TikTok, Facebook atau X.

"Jika mereka buat 'content' yang boleh membantu pihak berkuasa misalnya menyalurkan maklumat berkaitan bencana banjir di sesuatu kawasan, itu tidak mengapa kerana ia akan membantu semua pihak.

"Namun jika mereka sekadar suka-suka buat buat video bagi menaikkan 'rating', di media sosial, itu tidak boleh.

"Sekiranya polis mengesan ada pihak yang membuat siaran langsung di tempat yang bahaya, kita akan sekat dan ambil tindakan," katanya ketika melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau di Pokok Sena, hari ini.



Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh (kanan) ketika melakukan tinjauan di PPS Bukit Hijau yang menempatkan mangsa banjir. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Beliau mengulas tindakan segelintir mangsa yang sanggup keluar dari PPS dan pergi ke kawasan bencana banjir pada waktu tengah malam dan siang hanya untuk membuat 'content' di laman media sosial mereka.

Selain itu, ada juga video tular menunjukkan beberapa individu yang berkayak dalam banjir di tengah bandar raya ini sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain.

Fisol berkata, pihaknya akan melihat video itu terlebih dahulu bagi memastikan apa kesalahan yang dilakukan individu terbabit yang lebih menjurus ke arah kesalahan trafik.

Dalam perkembangan sama, Fisol berkata, anggota polis di setiap daerah yang terjejas dengan banjir diarah membuat rondaan secara berkala bagi memastikan tiada kejadian jenayah seperti kes pecah rumah yang berlaku pada rumah mangsa-mangsa banjir.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300911/bala-menanti-mereka-yang-masuk-kawasan-banjir-sekadar-buat-content






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066633 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list