CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49942|Reply: 0

[Pulau Pinang] GISBH: Lagi premis dan rumah jagaan diserbu, kali ini di Perda

[Copy link]
Post time 21-9-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode
GISBH: Lagi premis dan rumah jagaan diserbu, kali ini di Perda


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







ANTARA yang ditahan dalam serbuan polis ke atas premis perniagaan GISBH di Perda. FOTO Zuhainy Zulkiffli.





Seberang Perai: Kedai roti, premis makan dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkait dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam di sini, turut diserbu pihak berkuasa hari ini.

Serbuan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu turut menahan sekurang-kurangnya sembilan individu bagi diambil keterangan.

Difahamkan, individu berkenaan adalah pekerja di premis terbabit.

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati premis makan terletak di sebelah kedai roti manakala pusat jagaan kanak-kanak pula terletak di aras atas.

Difahamkan, tiada individu atau kanak-kanak di pusat jagaan terbabit ketika serbuan dijalankan.

Sementara itu penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, kedai makanan sentiasa dikunjungi pelanggan namun sejak isu premis berkaitan GISBH sudah tular dan diserbu, bilangannya berkurangan.

"Penduduk setempat juga tahu bahawa mereka masih terima tempahan roti kerana premis itu beroperasi setiap hari.

"Namun saya tidak pasti mengenai terdapat pusat jagaan kanak-kanak di aras atas kerana papan tanda perniagaan hanya terdapat pada kedai roti," katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan sebuah rumah jagaan kanak-kanak dipercayai berkait dengan GISBH di Bagan Buaya Changkat Nibong Tebal, di sini diserbu pihak berkuasa, pagi tadi.

Ia susulan serbuan di beberapa lokasi di seluruh negara selepas polis membongkar kegiatan salah laku seksual, eksploitasi kanak-kanak membabitkan syarikat itu sejak lebih seminggu lalu.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 4:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136177/gisbh-lagi-premis-dan-rumah-jagaan-diserbu-kali-ini-di-perda





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063492 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list