CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45256|Reply: 0

[Kedah] Dua premis mengeluarkan pencemaran bau berulang diberi notis

[Copy link]
Post time 11-10-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-10-2024 12:18 PM

Dua premis mengeluarkan pencemaran bau berulang diberi notis

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 11, 2024 @ 9:48am [email protected]




Pegawai JAS Kedah melakukan pemeriksaan di salah sebuah daripada dua premis berdasarkan aduan pencemaran bau kurang menyenangkan. - Foto Ihsan JAS





SUNGAI PETANI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengeluarkan notis terhadap dua premis di daerah ini berikutan pencemaran bau yang berulang.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menjalankan pemantauan pada 10 Oktober lalu berkaitan pencemaran alam sekitar berdasarkan aduan yang diterima di sekitar daerah ini mengenai bau kurang menyenangkan yang kerap pada lewat malam hingga awal pagi.

Beliau berkata, pemantauan dan siasatan dipergiatkan berikutan terdapat banyak aduan awam berkaitan pencemaran udara serta bau yang kurang menyenangkan pada waktu malam di sekitar Bukit Banyan dan Bukit Selambau, di sini.

"Pemantauan juga turut memberi fokus kepada semua kawasan industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar iaitu Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Taman Ria dan Kawasan Perindustrian PKNK.

"Susulan siasatan yang dilakukan, JAS Kedah mengeluarkan dua notis arahan terhadap dua premis terbabit di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Premis terbabit adalah sebuah premis menghasilkan arang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau dan sebuah premis kitar semula, di sini supaya premis terbabit menambah baik alat kawalan pencemaran udara dan meningkatkan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, kilang arang itu pernah diambil tindakan sebelum ini kerana tiada alat kawalan manakala premis kitar semula itu pula tidak pernah dikenakan tindakan tetapi berada di bawah pemantauan JAS Kedah.

Justeru itu, JAS Kedah mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan menyeru orang ramai untuk bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan http:/eaduan.doe.gov.my

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1309391/dua-premis-mengeluarkan-pencemaran-bau-berulang-diberi-notis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.162664 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list