CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59466|Reply: 0

[Kedah] Rumah musnah dibawa arus deras

[Copy link]
Post time 12-10-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Rumah musnah dibawa arus deras

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 12, 2024 @ 2:34pm [email protected]





Haminah Ngah, 66, (dua kiri) melihat rumahnya di Kampung Batu 60, Tanjung Pari di sini, yang musnah dibawa arus deras banjir pada Selasa lalu. NSTP/Noorazura Abdul Rahman





BALING: "Luluh hati saya melihat rumah kakak saya musnah sekelip mata akibat arus deras banjir Selasa lalu," kata Khatijah Ngah, 59.

Khatijah berkata, rumah kakak sulungnya Haminah Ngah, 66, berada di tebing Sungai Ketil yang jaraknya kira-kira dua meter saja.

Katanya, hakisan itu berlaku sikit demi sikit susulan air sungai deras dan hujan lebat setiap hari sejak dua minggu lalu.

"Ketika berlaku banjir, saya dan anak-anak serta cucu berpindah ke rumah jiran di seberang jalan, kemudian dalam jam 7 pagi saya pulang ke rumah setelah air banjir surut.

"Sebelum rumah kakak saya runtuh, tiang rumah kakak sudah nampak tergantung, sikit demi sikit akibat hujan berlarutan dan arus deras sebahagian rumah itu terus runtuh ke dalam sungai," katanya yang tinggal di Kampung Batu 60, Tanjung Pari di sini, semalam.

Menurut Khatijah, dia tidak berani masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah kerana bimbang ia akan runtuh sepenuhnya.

Katanya, sebelum kejadian itu, hujan lebat bermula jam 8 malam tanpa henti menyebabkan paras air sungai naik dengan mendadak dan mula melimpah ke rumahnya kira-kira jam 2 pagi hingga ke paras satu meter.

"Saya dan anak-anak cuba selamatkan barang-barang rumah setakat yang termampu,air terlalu laju dan kami terpaksa selamatkan nyawa kami terlebih dulu.

"Saya mohon mana-mana pihak lakukan sesuatu untuk mengelakkan tebing sungai itu terus runtuh, saya bimbang sekiranya tiada benteng tebing sungai, hakisan akan merebak ke kawasan rumah saya dan sebuah rumah lagi yang berhampiran, jarak rumah kami dengan tebing sungai hanya20 meter," katanya.

Sementara itu, anak Hamimah, Mohd Nazri Che Neh, 48, berkata rumah ibunya itu sudah disewakan kepada sepasang suami isteri yang bekerja di kawasan pembalakan berhampiran kampung berkenaan.

Katanya, ketika kejadian pasangan itu masih berada di dalam kawasan pembalakan.

"Sebelum kejadian ini, seminggu lalu air sungai menghakis tebing rumah, hanya lebih kurang dua meter saja dari tiang rumah dan dua batang pokok yang agak besar yang menahan tebing sungai telah tumbang.

"Mungkin disebabkan itu, air sungai yang deras dan banyak menyebabkan hakisan tebing menjadi semakin serius lalu meruntuhkan sebahagian dapur dan bilik tidur rumah ibu yang dibina selepas tanahnya diambil kerajaan untuk membina jalan raya baharu," katanya.

Mohd Nazri berkata, dia mengajak ibunya tinggal bersama mereka berikutan keadaan ibunya yang kurang sihat dan mengalami masalah pendengaran.

"Kami memang bimbang dengan keselamatan ibu yang tinggal seorang diri, walaupun ada rumah adiknya berdekatan tapi dia kurang dengar, susah jika berlaku apa-apa.

"Sebelum runtuhan tebing sungai itu jaraknya lebih kurang 15 meter sahaja, jika berlaku lagi hujan lebat, hakisan tebing ini mungkin akan meruntuhkan keseluruhan rumah ibu.

"Punca air banjir ini bermula di Kampung Teluk Rambong apabila berlaku kepala air yang agak serius dan ia terus merebak ke kawasan ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309924/rumah-musnah-dibawa-arus-deras





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.050933 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list