CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61851|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua pegawai Imigresen direman bantu siasatan 'counter setting' di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-10-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Dua pegawai Imigresen direman bantu siasatan 'counter setting' di Pulau Pinang

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 19, 2024 @ 12:06pm[email protected]






Dua pegawai penguat kuasa direman tiga hari selepas dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas LTAPP. -Foto Aminah Yusof





GEORGETOWN: Dua pegawai Jabatan Imigresen direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Majistret Muhamad Qayyum Noordin mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki dan wanita berusia lingkungan 40-an terbabit sehingga Isnin ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang.

Terdahulu, kedua-duanya tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Pulau Pinang kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Sumber berkata, dua pegawai terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari semalam.

Katanya, mereka ditahan susulan tangkapan seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel di negeri ini kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

"Mereka dipercayai bersekongkol dengan lelaki warga Bangladesh berkenaan yang menjadi ejen bagi mengatur laluan masuk seorang warga Indonesia tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.

"Siasatan awal mendapati, lelaki Bangladesh dan pegawai Imigresen lelaki itu didakwa meminta wang kira-kira RM4,500 daripada seorang lelaki warga Indonesia yang tiba melalui LTAPP pada 22 September lalu sebagai balasan membantunya masuk ke negara ini," katanya.

Difahamkan, lelaki warga Indonesia terbabit memohon masa menyediakan wang berkenaan sebelum diarah ke kaunter khas yang dijaga seorang pegawai wanita bagi urusan masuk ke negara ini tanpa melalui pemeriksaan sewajarnya.

Semalam, Majistret Syahirah Abdul Salim membenarkan lelaki warga Bangladesh terbabit direman tujuh hari sehingga 24 Oktober ini selepas permohonan dibuat SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua pegawai agensi penguat kuasa terbabit disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 manakala lelaki warga Bangladesh itu disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta yang sama.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1313089/dua-pegawai-imigresen-direman-bantu-siasatan-counter-setting-di-pulau





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.034435 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list