CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42114|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sedang mewujudkan persekitaran perdagangan pertanian yang kukuh

[Copy link]
Post time 6-11-2024 12:01 AM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman Ismail (tengah) diberi taklimat berkaitan Program Libat Urus Fasilitasi Perdagangan di sebuah hotel di Kuching, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak sedang mewujudkan persekitaran perdagangan pertanian yang kukuh dengan memastikan standard atau piawaian biosekuriti tertingginya dipatuhi.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Dominic Chunggat berkata demikian sambil menambah bahawa selaras dengan itu, program tersebut telah melaksanakan beberapa objektif penting untuk dicapai.

"Pertama, mendedahkan kepada individu berkepentingan termasuk orang awam tentang syarat keperluan import dan eksport tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal bagi komponen wilayah Sarawak.

"Pematuhan terhadap peraturan ini bukan sahaja sekadar memenuhi keperluan undang-undang tetapi juga penting untuk memastikan sektor pertanian kita terus berkembang maju dan kekal berdaya saing," katanya.

Teks ucapan Dominic dibaca oleh Timbalan Pengarahnya Radziah Jack pada Program Libat Urus Fasilitasi Perdagangan dan Pertanian hari ini.

Pihaknya turut melancarkan buku Guidelines for Importation of Plants, Plant Products and Regulated Articles yang telah dirasmikan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mewakili Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Ujarnya lagi, dengan mematuhi piawaian tersebut, Sarawak dapat mengekalkan dan meningkatkan reputasi produk tempatan dan meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu, objektif keduanya adalah untuk menyebarkan serta berkongsi maklumat tentang pengurusan perosak bagi dua tanaman utama di Sarawak iaitu durian dan kelapa.

"Kedua-dua tumbuhan ini menghadapi ancaman daripada pelbagai jenis perosak.

"Hasil pertanian harus kita lindungi daripada perosak untuk kepentingan ekonomi dan keterjaminan makanan," jelasnya.

Justeru diharap dengan usaha, kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak dapat mewujudkan persekitaran perdagangan pertanian yang mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Pada tahun ini juga, Jabatan Pertanian (DOA) Sarawak meraikan ulang tahunnya yang ke-100.

Pencapaian penganjuran program pihaknya semalam bukan sahaja melakar sejarah dan mencerminkan komitmen dalam memudahkan aktiviti perdagangan pertanian tetapi juga seruan untuk persediaan bagi menghadapi masa depan.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Datu Sirai Daha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Buckland Bangik, pengerusi penganjur majlis Asmah Salowi dan tetamu kehormat lainnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070599 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list