CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26555|Reply: 1

[Sarawak] Kapal milik Sarawak Slipways terbakar

[Copy link]
Post time 7-11-2024 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-11-2024 01:29 AM





Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 3.25 petang dan terus mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.





“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kapal CJ milik Sarawak Slipway.

“Api pada ketika itu marak memusnahkan lebih kurang 60 peratus bahagian kapal.

“PKO Lutong membentang satu aliran 200 kaki, dua pancutan air daripada jentera bagi memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Setelah memastikan keadaan selamat dan api padam sepenuhnya, PKO bertolak balik ke balai sekitar 4.50 petang.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2024 09:27 AM | Show all posts
Kapal dalam pembinaan terbakar di Kuala Baram



Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran yang memusnahkan dek utama sebuah kapal yang sedang dalam pembinaan di sebuah limbungan di Kuala Baram petang semalam.



MIRI: Sebuah kapal yang sedang dalam pembinaan terbakar dalam kejadian yang berlaku di sebuah limbungan di Kuala Baram petang semalam.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan kapal itu daripada musnah sepenuhnya dan kebakaran itu hanya melibatkan 60 peratus daripada bahagian kapal tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.25 petang.

Bertindak atas maklumat diterima, lapan anggota dari BBP Lutong yang diketuai beliau sendiri selaku komander operasi bergerak ke lokasi yang terletak pada jarak 14 kilometer dari balai.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kapal milik Sarawak Slipways iaitu sebuah syarikat pembuatan kapal.

"Api ketika itu sedang marak membakar bahagian dek utama dan dek atas kapal yang memusnahkan lebih kurang 60 peratus bahagian kapal berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Menurut Henry, setelah membuat penilaian dan berpandukan konsep 'RECEO', PKO terus melakukan kerja-kerja pemadaman sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

Setelah memastikan semua keadaan selamat, operasi pemadaman ditamatkan jam 4.28 petang dan anggota operasi bertolak balik ke balai.

Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... akar-di-kuala-baram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047311 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list