CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40857|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut, anak dan tiga anggota polis cedera dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut, anak dan tiga anggota polis cedera dalam kemalangan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




KEADAAN dua kenderaan yang terbabit kemalangan hari ini. FOTO Ihsan PDRM.




Baling: Lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan kenderaan pikap dinaiki tiga anggota polis di Gunung Inas, Jalan Baling-Pengkalan Hulu, di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Shafiron Mohd Zaid, 40, dari Sungai Petani, manakala anaknya, Asiah Shafiron, 2, luka di bahagian badan.

Tiga anggota polis terbabit adalah anggota dari Cawangan D5, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu, Perak masing-masing mengalami kecederaan di badan, dada dan kaki.

Difahamkan, tiga anggota terbabit berusia 22 hingga 45 tahun itu dipercayai baru selesai tugasan dalam perjalanan untuk membuat lawatan kebajikan di Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan jam 2.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pikap dinaiki tiga anggota polis itu dari arah Pengkalan Hulu menghala ke Baling manakala kereta Proton Waja dinaiki dua beranak itu dari arah bertentangan iaitu dari arah Sungai Petani menghala ke Pengkalan Hulu.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, Proton Waja yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan pikap itu.

"Ia menyebabkan pemandu pikap tidak sempat mengelak lalu bertembung di bahagian hadapan kereta Proton Waja itu.

"Akibatnya, pemandu Proton Waja parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata, pemandu dan dua lagi penumpang pikap serta penumpang hadapan kereta Proton Waja itu mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, mayat pemandu kereta Proton Waja itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 9:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1152557/lelaki-maut-anak-dan-tiga-anggota-polis-cedera-dalam-kemalangan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.073579 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list