CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23304|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelbagai kecederaan punca kematian remaja akibat jatuh dari tingkat 16

[Copy link]
Post time 11-11-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Pelbagai kecederaan punca kematian remaja akibat jatuh dari tingkat 16

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.




Georgetown: Punca kematian remaja perempuan yang terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Farlim, di sini, kelmarin akibat pelbagai kecederaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa mendapati punca kematian remaja itu disebabkan pelbagai kecederaan konsisten akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa berusia 15 tahun ditemukan maut oleh orang awam selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, mangsa dikatakan berselisih faham dan bertengkar dengan kekasihnya.

Teman lelaki dan kakak angkat mangsa masing-masing berusia 18 serta 19 tahun kemudian ditahan selepas didapati positif dadah.

Mengulas lanjut, Swee Sake berkata, teman lelaki dan kakak angkat mangsa terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Mereka yang positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan patologi. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952,"​ katanya.



Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 2:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153799/pelbagai-kecederaan-punca-kematian-remaja-akibat-jatuh-dari-tingkat-16




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.577983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list