CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4383|Reply: 0

[Sarawak] BCX bantu entiti di Sarawak jana pendapatan daripada usaha pengurangan karbon

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bursa Carbon Exchange (BCX) membantu entiti yang berpangkalan di Sarawak menjana pendapatan daripada usaha pengurangan karbon seiring dengan matlamat global dalam mengurangkan pelepasan karbon.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni (gambar) berkata, BCX yang dilancarkan pada Disember 2022, berfungsi sebagai platform pasaran karbon sukarela negara untuk menyokong peralihan ekonomi karbon rendahnya.

Katanya, lelongan REC baru-baru ini daripada Empangan Hidro Murum selain Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Persidangan Ke-28 Pihak-Pihak (COP28) antara perkembangan terkini inisiatif berkenaan.

“Inisiatif tempatan Sarawak melengkapi usaha kebangsaan menerusi BCX, dengan entiti serantau seperti Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Kumpulan Samling SaraCarbon Sdn Bhd aktif meneroka penangkapan, penyimpanan karbon dan projek berasaskan alam semula jadi.

“Pendekatan tempatan ini, yang didorong oleh perundangan disokong Sarawak, menambah dimensi serantau kepada landskap perdagangan karbon Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dr Hazland berkata, meskipun BCX menyediakan pasaran berstruktur, lesen dagangan karbon milik Sarawak akan meningkatkan penglibatan tempatan dan antarabangsa dalam dagangan karbon.

Bagi mempromosi inisiatif perdagangan karbon, beliau berkata, Sarawak telah melibatkan pihak berkepentingan sektor swasta melalui pelbagai pendekatan.

“Kita bermula dengan mewujudkan persekitaran perundangan yang membolehkan dengan proses pentadbiran yang jelas untuk pemaju projek karbon.

“Selain itu, kita juga telah menganjurkan acara peringkat tinggi dan menjemput sektor swasta untuk mengambil bahagian seperti Persidangan Karbon Asia di mana Sarawak akan menjadi tuan rumah semula tahun depan.

“Ini adalah bahagian penting dalam meningkatkan kesedaran dan memperkenalkan kepentingan dan hala tuju strategik Sarawak untuk meningkatkan penyertaan swasta daripada pelbagai sektor,” ujarnya.

Selain itu, Dr Hazland berkata, Sarawak sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan Pusat Perubahan Iklim Sarawak bagi menyelaras, mengurus dan menyokong usaha perubahan iklim serta perdagangan karbon di Sarawak.

“Ini termasuk pengelibatan dengan sektor swasta dan menangani sebarang pertanyaan atau minat yang mungkin timbul,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062317 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list