CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7167|Reply: 0

[Sarawak] Kerjasama serumpun memartabatkan bermukun penting untuk pertahan warisan seni budaya itu

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Nasaruddin menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari. Turut kelihatan (dari kanan) Mancha, Mohamad Abu Bakar, Abdul Karim, Raden dan Ling. -Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Kerjasama serumpun tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam memartabatkan seni budaya bermukun penting untuk mempertahankan warisan seni budaya itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia juga landasan terbaik mewujudkan masyarakat serantau yang utuh jati dirinya dan mempunyai  keprihatinan terhadap sumbangan seni serta budaya.

"Budaya bermukum, seni tradisi persembahan menggabungkan tiga elemen iaitu tarian, bergendang dan berbalas pantun adalah warisan budaya masyarakat Melayu di Borneo.

"Ia perlu dipertahankan agar tidak lenyap ditelan zaman," katanya ketika berucap pada Malis Segulai Sejalai Bermukum Se-Borneo 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Isnin.

Menurut Abang Johari bermukun antara persembahan yang popular ketika majlis perkahwinan khususnya di kampung-kampung, malah tempat golongan bujang dan dara mencari pasangan hidup.

Beliau berkata dalam seni bermukun ini, Mak Gendang memainkan peranan penting kerana dia akan bergendang sambil berbalas pantun, yang penuh dengan kiasan.

"Itulah budaya Melayu, saya percaya ia juga masyarakat di Borneo. Kehebatan Mak Gendang berpantun sama ada untuk berkenalan, berkias atau bergurau menceriakan lagi bermukun," tambahnya.

Bermukun Se-Borneo 2024 dianjurkan pada 7 hingga 11 November 2024 bertujuan mengetengahkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau melibatkan negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Program ini dijayakan menerusi kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Radio Republik Indonesia (RRI) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan persembahan bermukun beramai-ramai.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Nasaruddin Abdul Muttalib, Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching Raden Sigit Witjaksono, Timbalan Konsul Agung Brunei Darussalam Thomas Ling, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.431000 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list