View: 36836|Reply: 10
|
Faktor 'serumpun' mungkin antara sebab pelajar Golok bersekolah di Rantau Panjang
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Faktor 'serumpun' mungkin menjadi antara sebab pelajar dari Golok, Thailand memilih bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan walaupun terpaksa merentas sempadan.
Bagi komuniti di sempadan, latar kehidupan yang dijalani di kedua negara adalah hampir sama termasuk adat resam, bahasa, sejarah dan budaya.
Pengerusi Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Novel Lyndon berkata, sempadan negara itu bagi mereka hanyalah 'garisan' yang ditetapkan oleh pemerintah.
"Dari segi naratif sosiologinya perkara ini bukan baru dalam kalangan masyarakat di sempadan malah mereka menganggap sempadan ini daripada hanya daripada tafsiran pemerintah.
"Kerana sempadan itu hanya merujuk kepada isu perundangan sedangkan dari segi struktur sosialnya mereka berkongsi perkara yang sama.
"erkara pokok yang perlu diselesaikan di sini adalah isu kewarganegaraan dan dari satu sisi pula ia menunjukkan perpaduan yang tinggi antara masyarakat Thailand dan tempatan," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, beliau percaya tidak timbul isu satu pihak mempengaruhi pihak yang lain dalam kalangan komuniti sempadan kerana pada dasarnya mereka datang dari susur galur yang sama walaupun berbeza kerakyatan.
"Saya percaya mereka ini adalah daripada rumpun etnik yang sama sebelum berlakunya kolonialisasi oleh pihak British kedua-duanya daripada Kesultanan Patani.
"astinya hubungan mereka adalah dalam salasilah keluarga yang sama atau jalur keluarga yang sama," katanya.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Serumpun, serumpun jugak.... tetapi jangan jadikan alasan untuk menghalalkan cara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Try buat mcm ni dekat Singapore. Bg alasan serumpun. Tgk lepas ke x? Baik xbertempat. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 21-11-2024 09:49 PM
Serumpun, serumpun jugak.... tetapi jangan jadikan alasan untuk menghalalkan cara.
Dulu satu negara bang .british potong situ. Terpisah habis orang...famili aku pun ramai sana
Yg duduk sebelah sana pun ada dumah sebelah sini
Yg duduk sini pun ada rumah sebelah sana |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 21-11-2024 10:27 PM
Try buat mcm ni dekat Singapore. Bg alasan serumpun. Tgk lepas ke x? Baik xbertempat.
Singapore dan indon tu pulau..memag terpisah
Ini satu kampung dipotongnya..kau negara lain aku negara lain |
|
|
|
|
|
|
|
Manakala di sabah Warga Indonesia menyekolahkan anak mereka di sabah siap dapat buku percuma, macamana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
geng budak2 bola yang terperangkap kat gua dulu tu pun ke cop bila nak gi trainning petang petang ( ada duduk sempadan thai-myanmar , unkown nationality etc )
bab sempadan, cop passport jangan la buat main weh...
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn deny their hak nak dpt education |
|
|
|
|
|
|
|
"TERNYATA...WAK sama gue itu serumpun"-Nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 22-11-2024 04:04 AM
Manakala di sabah Warga Indonesia menyekolahkan anak mereka di sabah siap dapat buku percuma, macama ...
"kalau Malaysia bg gratis..makanya..kita serumpun.
kalau TKI HARAM ditangkap...makanya lue serumpun sama bangladesh"-Nusaraya |
|
|
|
|
|
|
| |
|