CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43430|Reply: 0

[Tempatan] Diskaun saman PDRM diperluas ke seluruh negara bulan depan

[Copy link]
Post time 22-11-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Diskaun saman PDRM diperluas ke seluruh negara bulan depan

https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... negara-bulan-depan/

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
22 November 2024, 5:35 pm


Mohd Yusri (dua kiri) beramah mesra bersama orang ramai yang ingin membayar saman dengan tawaran diskaun sehingga 60 peratus ke atas saman trafik terpilih di kaunter khas bayaran kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan memperluaskan diskaun saman ke balai-balai polis seluruh negara pada bulan hadapan.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pemberian diskaun saman sebanyak 60 peratus sempena Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 akan menjadi ‘benchmark’ atau penanda aras kepada program terbabit.

Bagaimanapun katanya, jumlah diskaun saman tersebut bergantung kepada pembincangan selepas ini.

“Kita selesaikan dahulu pembayaran saman di program Dua Tahun Madani sehingga Ahad ini dan kemudian kita akan bermesyuarat. Kita jangka ia (program diskaun saman seluruh negara) seawal-awalnya pertengahan bulan depan.

“Tetapi kadarnya (jumlah diskaun) akan kita kaji. Diskaun 60 peratus ini istimewa sempena program ini sahaja (2TM). Kadarnya mungkin 30 atau pun 50 peratus,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan tinjauan di kaunter saman PDRM di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, sehingga pukul 3 petang tadi, sebanyak 11,620 saman telah diselesaikan melibatkan jumlah keseluruhan RM1.03 juta.

“Setakat pukul 3 petang tadi, kira-kira 3,000 pengguna telah datang menyelesaikan saman masing-masing dan kita jangka esok dan lusa akan lebih ramai memandangkan cuti hujung minggu.

“Untuk keselesaan pengunjung, kita telah menyediakan kira-kira 25 kaunter pembayaran saman termasuk tujuh kaunter untuk orang kurang upaya, warga emas dan ibu mengandung.

“Kita juga turut menyediakan 21 mesin pembayaran layan diri serta 520 kerusi untuk keselesaan orang ramai menunggu sebelum membuat pembayaran saman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041113 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list