View: 52213|Reply: 4
|
Malaysia sambut baik komitmen kerajaan seluruh dunia perakui waran tangkap Netanyahu dan Yoav Gallant
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan dari seluruh dunia yang memperakui waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
"Jemaah Menteri membincangkan pengumuman yang dibuat oleh ICC mengenai waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel dan seorang lagi bekas menterinya di atas kesalahan jenayah perang.
"Kerajaan Malaysia amat mengalu-alukannya. Kerajaan juga mengalu-alukan keputusan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang memperakui dan memberi kerjasama kepada ICC bagi menangkap penjenayah ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
ICC semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Waran tangkap itu dikeluarkan atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024, iaitu pada hari pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan ICC itu sebagai kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan.
Perdana Menteri menegaskan, keputusan ICC itu amat wajar kerana ia dibuat berdasarkan undang-undang dan bukti.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan simbolik. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan majoriti negara di dunia setuju Netanyahu ni penjenayah perang. Kita tahu ia tak akan memberi apa-apa kesan sebab US tetap akan membela Israel.
Sekarang ni kita tunggu Januari 2025. Apa tindakan Trump ke atas ICC dan UN sebagai tindakan membalas dendam |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa wayang...abam putin pergi mongolia tak kena pong...
mongolia pun signed ICC dekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg ni kebal icc xleh wat ape pn |
|
|
|
|
|
|
| |
|