CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26267|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah rampas 967kg minyak masak polibeg bersubsidi

[Copy link]
Post time 2-1-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah rampas 967kg minyak masak polibeg bersubsidi

Oleh BERNAMA - Januari 2, 2025 @ 4:59pm




Anggota KPDN Kedah membuat pemeriksaan berkala bekalan barangan utama. - Foto KPDN Kedah




ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penjualan minyak masak polibeg satu kilogram (1kg) dalam serbuan di kawasan pembinaan sebuah kilang di Kulim, semalam.

Pengarah KPDN, Kedah Muhammad Nizam Jamaludin, berkata serbuan jam 12 tengah hari turut menumpaskan penjualan gula dan tepung gandum tanpa lesen.

"Semasa serbuan, seorang lelaki tempatan berusia 30-an mengaku sebagai penjaga premis runcit di kilang itu. Hasil pemeriksaan menemukan 967kg minyak masak polibeg bersubsidi, 480kg tepung gandum dan 23kg gula dianggarkan bernilai lebih RM3,900.

"Lelaki tempatan itu telah dilepaskan setelah diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122)," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan subsidi agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka terlibat dalam penyelewengan barangan tersebut.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada KPDN untuk tindakan lanjut melalui saluran di portal e-aduan 2.0 http://e-aduan.kpdn.gov.my atau menghubungi Pejabat KPDN Kedah di talian 04-7001745," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344092/kpdn-kedah-rampas-967kg-minyak-masak-polibeg-bersubsidi










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list