"Apa yang berlaku dalam keluarga kami hanya saya dan keluarga yang tahu. Orang lain nak komen apa pun ia berada di luar kawalan saya.
"Saya harap dapat berjumpa dengan keluarga dan selesaikan semua (masalah) dengan secara baik.
"Saya berharap diberikan sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Sebelum ini, Ayu menafikan dakwaan aktres berkenaan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak dia masih kecil.
Malah, Ayu turut mengakui hubungannya dengan anak-anak juga renggang dan tidak mengetahui punca ia berlaku.
Ayu mendakwa, selepas berkahwin semula dengan lelaki pilihan hatinya, anak-anak juga sudah tidak mempedulikan dirinya.
Pada Ogos lalu, Nelissa mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil.
Nelissa memberitahu dia tidak malu berkongsi pengalaman pahitnya itu secara terbuka.
Kongsi aktres berkenaan, dia kini mahu Kembali bangkit dari masa lampau dan berusaha untuk mengubah nasibnya.
Sumber: mStar