CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8732|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan penganggur, rampas dadah bernilai RM204,000

[Copy link]
Post time 3-1-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan penganggur, rampas dadah bernilai RM204,000

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 3, 2025 @ 2:15pm [email protected]








BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki ahli sindiket pengedaran dadah, sekali gus merampas tujuh kilogram (kg) syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM204,000 dalam operasi terancang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata suspek yang juga penganggur berusia 39 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya sekitar jam 4.15 pagi selepas pasukan bertindak atas hasil maklumat dan risikan.

"Hasil pemeriksaan terhadap motosikal dipercayai milik lelaki itu menemukan satu beg plastik berisi lima bungkusan mengandungi dadah dipercayai syabu dianggarkan seberat 6.1kg dan sebungkus heroin seberat 900 gram (g)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamzah berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak September tahun lalu dengan menjadikan kawasan sekitar Pulau Pinang sebagai pasaran utama.

Sambil memaklumkan jumlah dadah dirampas itu boleh digunakan 35,000 penagih, beliau berkata, sindiket terbabit juga dipercayai memperoleh bekalan syabu dan heroin daripada rangkaian pengedaran dadah sebelum membungkusnya semula.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine/methamphetamine, dan delta-9 tetrahydrocannabinol (THC).

"Hasil semakan mendapati suspek juga mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, suspek direman hingga 9 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344435/polis-tahan-penganggur-rampas-dadah-bernilai-rm204000









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list