CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8913|Reply: 0

[Kedah] Maritim Malaysia buru saki-baki PATI Myanmar cuba ceroboh Langkawi

[Copy link]
Post time 3-1-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Maritim Malaysia buru saki-baki PATI Myanmar cuba ceroboh Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Januari 3, 2025 @ 5:07pm[email protected]




Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Rosli Abdullah. Gambar fail





LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melancarkan operasi bagi mengesan saki-baki pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar susulan penahanan 196 rakyat negara itu selepas bot membawa mereka terkandas ketika menuju ke Langkawi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata operasi GUARD Bilangan 4/2025 diaktifkan susulan laporan mengatakan dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI turut berada di laut.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menggerakkan segera bot dan kapal ke lokasi dimaklumkan, membuat rondaan di sekitar perairan utara Langkawi serta di kawasan sempadan negara, selain turut mengatur gerak pesawat udara.

"Maritim Malaysia mengaktifkan operasi itu dan pada masa sama, meningkatkan rondaan bagi mengesan saki-baki PATI dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.

"Tindakan pantas itu susulan penahanan 196 PATI Myammar oleh pihak polis di Pantai Teluk Yu pada jam 3.25 pagi tadi, selepas bot membawa mereka terkandas di perairan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Untuk rekod, sejumlah 2,089 PATI dari Myanmar dan 18 bot ditahan Maritim Malaysia serta agensi penguat kuasa lain bagi tempoh 2010 hingga 2024 ketika mereka cuba memasuki negara ini.

Media hari ini melaporkan sekumpulan kira-kira 200 etnik Rohingya yang menaiki sebuah tongkang mendarat di Pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat, kira-kira jam 3 pagi tadi dan maklumat pendaratan kumpulan PATI itu tersebar menerusi media sosial selepas dikongsi penduduk tempatan.

Dua gambar menunjukkan sebuah bot kayu besar sedang diperiksa pihak berkuasa tempatan dan satu lagi gambar menunjukkan etnik Rohingya itu berada di tepi pantai sambil dikawal pihak berkuasa.

Mohd Rosli berkata, pihaknya turut dimaklumkan terdapat dua lagi bot dipercayai membawa PATI dari Myanmar berada di laut, namun lokasi sebenar masih belum dapat dikenal pasti.

"Kita turut berhubung dengan pihak penguat kuasa di Thailand untuk mengenal pasti sama ada pergerakan dua bot yang membawa PATI terbabit dikesan di perairan negara berkenaan," katanya.

Mohd Rosli berkata, sehingga kini tiada sebarang petunjuk berkaitan kehadiran dua bot berkenaan dalam perairan negara ini.

"Bagaimanapun, komuniti maritim sekitar Langkawi diminta menyalurkan maklumat segera ke talian 999 atau Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerusi talian 04-9662750 atau 011-58925868 jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan di perairan negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344540/maritim-malaysia-buru-saki-baki-pati-myanmar-cuba-ceroboh-langkawi










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.219226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list