CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8545|Reply: 0

[Kedah] Kupang terbakar lagi, mangsa tiba-tiba rasa bahang api

[Copy link]
Post time 3-1-2025 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-1-2025 05:33 PM

Kupang terbakar lagi, mangsa tiba-tiba rasa bahang api

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
03 Januari 2025 05:23pm





Keadaan motosikal yang terbakar dalam kejadian terbaharu di Kampung Hangus, Kupang, Baling, Kedah pada Khamis.




BALING - Selepas enam kebakaran dilaporkan berlaku secara berturut di Kupang sejak dua minggu lalu, satu lagi kejadian membabitkan motosikal dilaporkan di Kampung Hangus awal pagi Khamis.

Mangsa terbaharu, Mohd Firdaus Hisamuddin, 30, berkata, sebelum kejadian, dia terdengar seperti bunyi tapak kaki sekitar jam 1 pagi menyebabkannya terjaga dan memeriksa keadaan rumahnya ketika itu.

"Saya terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan sekitar jam 1 pagi, saya terjaga dan keluar untuk buat pemeriksaan sekeliling rumah.

"Bagaimanapun, tidak menjumpai apa-apa menyebabkan saya masuk semula ke dalam rumah dan sambung tidur di tingkat atas," katanya.

Namun, katanya secara tiba-tiba terasa bahang panas menyebabkannya sekali lagi terjaga dari tidur pada jam 3.30 pagi selain terhidu asap yang telah memenuhi ruang atas rumah.

Dalam masa sama, terdapat sebuah lori singgah di masjid berhampiran untuk berehat ternampak api sedang marak membolehkan pemandu segera memanggil mangsa untuk menyelamatkan diri.


Mohd Firdaus berkata, tanpa berfikir panjang, dia segera mengejutkan ibunya dan menyelamatkan diri.

Ketika kejadian, motosikal yang diletakkan di bawah rumah telah terbakar dan merebak ke arah beranda.





]
Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Datuk Najmi Ahmad (tengah) meninjau kebakaran yang berlaku di Kampung Hangus, Kupang, Baling awal pagi Khamis.


"Mujur api telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dan orang kampung," katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, kes terbaharu ini menjadikan ia kejadian kebakaran ketujuh yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dalam tempoh dua minggu.

"Lebih misteri kebanyakan kes menyasarkan bahagian hadapan rumah di mana motosikal milik mangsa hangus terbakar.

"Laporan polis telah dibuat mangsa terlibat dan menggesa agar siasatan lanjut pihak berkuasa dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa penduduk di DUN Kupang runsing memikirkan misteri kebakaran yang berlaku secara berturut di enam lokasi sejak 24 Disember lalu.

Kejadian pertama berlaku di Kampung Pisang (24 Disember), seterusnya di Kampung Bukit Terabak (25 Disember), kemudian, di dua lokasi di Kampung Tanah Periuk (26 Disember), Kampung Banggol Nyor (28 Disember) dan Kampung Tanjung (28 Disember).


https://www.sinarharian.com.my/article/705246/edisi/utara/kupang-terbakar-lagi-mangsa-tiba-tiba-rasa-bahang-api


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.044253 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list