CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27720|Reply: 0

[Pulau Pinang] Remaja 14 tahun tikam ibu saudara direman tiga hari

[Copy link]
Post time 4-1-2025 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Remaja 14 tahun tikam ibu saudara direman tiga hari

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 4, 2025 @ 12:04pm[email protected]




Remaja perempuan berusia 14 tahun diiringi polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan kes menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah flat di Perai. - Foto NSTP/DANIAL SAAD





BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan yang disyaki menikam ibu saudaranya dengan pisau dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, di sini, pagi semalam, direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Terdahulu, remaja berusia 14 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu itu dibawa ke Mahkamah Majistret, jam 9.10 pagi tadi bagi mendapatkan tempoh tahanan reman.

Majistret Nurul Ainna Ahmad, membenarkan suspek direman bermula hari ini hingga Isnin bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Difahamkan, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamin.

Semalam, media melaporkan, seorang remaja perempuan ditahan polis selepas menikam ibu saudaranya dengan pisau hingga mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Insiden kira-kira jam 11.30 pagi itu bermula apabila suspek bertengkar dengan ibu saudaranya berusia 35 tahun di bahagian ruang tamu rumah didiami mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, dilaporkan berkata, punca pertengkaran itu dipercayai selepas suspek yang tidak bersekolah dikatakan mahu tinggal semula dengan ibu kandungnya tetapi dihalang mangsa.

"Semasa pertengkaran itu, suspek tiba-tiba menikam mangsa dengan sebilah pisau dan akibatnya mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut sebelah kiri.

"Mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital dan suspek (anak saudaranya) ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati suspek tinggal bersama ibu saudaranya sejak empat hari lalu berikutan mempunyai masalah keluarga.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344803/remaja-14-tahun-tikam-ibu-saudara-direman-tiga-hari










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048610 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list