CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31998|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kejohanan Boling Balai Berita Perai diadakan semula selepas 8 tahun

[Copy link]
Post time 5-1-2025 12:06 AM | Show all posts |Read mode
Kejohanan Boling Balai Berita Perai diadakan semula selepas 8 tahun

Nur Izzati Mohamad[email protected]




Antara yang menyertai Kejohanan Boling Balai Berita Perai 2025 di Ole Ole Bowling, Pasaraya Mydin. FOTO DANIAL SAAD





Bukit Mertajam: Seramai 39 kakitangan Balai Berita Perai, termasuk Balai Berita Bangsar, menyertai kejohanan boling anjuran Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), hari ini.

Pengurus Kelab Sukan PTSB Balai Berita Perai Khairul Shamsol Osman berkata, kejohanan itu diadakan semula di Pulau Pinang selepas kali terakhir diadakan lapan tahun lalu.

Katanya, penganjuran itu bagi mengeratkan silaturahim selain memupuk gaya hidup sihat.

"Kejohanan ini julung kali dianjurkan PTSB di bawah naungan Kelab Sukan NSTP.







"Biasanya, kejohanan banyak dibuat di Kuala Lumpur dan agak sukar bagi kakitangan di sini, untuk hadir kerana faktor jarak.

"Jadi, apabila ada sedikit peruntukan daripada Kelab Sukan NSTP, maka ia dapat diadakan di negeri ini. Penyertaan terdiri daripada kakitangan Balai Berita Perai dan wakil Balai Berita Bangsar," katanya ditemui pada kejohanan itu yang diadakan di sebuah pasar raya di Jalan Baru, di sini.

Pada kejohanan yang berlangsung lebih tiga jam itu, juara milik pasukan nombor lapan dengan 1,132 jatuhan pin manakala naib johan adalah dari pasukan nombor 11 dengan jatuhan 1,099 pin dan pasukan nombor satu memenangi tempat ketiga dengan 1,062 jatuhan pin.

Dalam pada itu, Khairul Shamsol berkata, bagi merancakkan lagi kejohanan, cabutan bertuah dengan hadiah berupa hamper turut diadakan.

"Pertandingan ini diadakan untuk kakitangan 'happy' (seronok) dan kita juga buat cabutan bertuah.

"Kita harap akan ada lebih banyak aktiviti sukan yang dapat dianjurkan dari semasa ke semasa," katanya.



Disiarkan pada: Januari 4, 2025 @ 4:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1172851/kejohanan-boling-balai-berita-perai-diadakan-semula-selepas-8-tahun




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.193380 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list