Johor Bahru: Nasib dua beradik calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah mereka terbakar kelmarin, mendapat perhatian pelbagai pihak.
"Alhamdulillah, semalam Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) beritahu akan bantu apa sahaja keperluan untuk lancarkan saya ambil SPM dan abang ambil STPM.
"Hari ini, kami dibawa berbelanja (barang keperluan) di Econsave pula, memang gembira dan terubat sedih.
"Dengan bantuan ini semua, Insya-Allah saya lebih tenang fikir untuk jawab periksa selepas ini termasuk esok bagi kertas Bahasa Inggeris," katanya ketika ditemui ketika ditemui di Econsave Taman Teratai.
Dalam kebakaran itu, semua buku, nota dan peralatan peperiksaan Mohamad Lutfi Muqri dan abangnya, Mohamad Akmal Muqri, 20, musnah menyebabkan mereka terpaksa meminjam daripada rakan untuk ulang kaji akhir.
Sementara itu, Pengurus Econsave Taman Teratai, Azian Mohd Yusof berkata, menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihaknya tampil membantu meringankan beban dua beradik itu dan keluarga.
"Econsave berbesar hati menyumbang RM1,500 kepada keluarga yang kehilangan rumah ini dan mereka bebas berbelanja di sini termasuk membeli pakaian dan kelengkapan sekolah," katanya.