CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26447|Reply: 0

[Johor] Pemandu van maut, kena serangan jantung ketika undur kenderaan

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:25 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba dan polis mengangkat mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Taman Ungku Tun Aminah, pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Johor Bahru: Pemandu van maut dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang mengundurkan kenderaannya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan kenderaan lain di Jalan Nakhoda 1, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan jam 8.45 pagi itu membabitkan van jenis Toyota Hiace dipandu lelaki tempatan berumur 48 dan Honda City.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu van sedang mengundurkan kenderaannya sebelum melanggar sebuah kereta dipandu wanita tempatan berusia 43 tahun.

"Akibat kemalangan itu, pemandu van disahkan meninggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian, dipercayai akibat serangan jantung.

"Bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Disiarkan pada: Januari 6, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list