CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18801|Reply: 0

[Johor] Curi peralatan tarian singa, 2 rakan dipenjara 18 bulan

[Copy link]
Post time 8-1-2025 10:41 PM | Show all posts |Read mode

TANESH (kiri) dan Vino Deva dipenjara 18 bulan selepas mengaku curi alatan tarian singa. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Dua rakan dipenjara 18 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai peralatan digunakan untuk tarian singa, bulan lalu.

Tanesh Aromugom, 45, dan Vino Deva Ramachandran, 41, masing-masing bekerja sendiri dan pemandu lori, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan pecah rumah dan melarikan beberapa peralatan tarian singa antaranya simbal, set besi meletakkan drum, gong, tiang bendera dan besi tapak tarian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Orchard Height di sini, jam 9 malam, 31 Disember lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga lima tahun dan denda.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 11 pagi, 1 Januari lalu, pengadu yang juga pemilik rumah berusia 26 tahun membuat laporan polis selepas mendapati pintu belakang rumahnya dipecah penjenayah.

Bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan kedua-dua tertuduh di lokasi berasingan dan tangkapan itu sekali gus membolehkan polis menemui semula peralatan tarian singa yang dilarikan kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip dan Pegawai Pendakwa Inspektor Ling Shao Shen manakala tertuduh diwakili Kamarularifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa pada tarikh tertuduh ditahan iaitu 1 Januari lalu.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, Tanesh turut mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan dadah selepas air kencing positif methampethamin.


Disiarkan pada: Januari 8, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046087 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list