CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6739|Reply: 0

[Johor] Polis Johor beri amaran jangan sebar video lelaki ditembak di Taman Setia Indah

[Copy link]
Post time 9-1-2025 01:59 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BARU: Polis memberi amaran supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Setia Indah semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia dengan empat kesan tembakan.

Beliau memberi jaminan kepada orang ramai mengenai kejadian tembakan itu sebagai insiden terpencil dan ia tidak membabitkan kebimbangan keselamatan yang lebih meluas di Johor.

Beliau juga menggesa orang ramai untuk mengelak daripada membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat salah yang boleh mengganggu siasatan atau menyebabkan keresahan yang tidak perlu.

"Jangan sebarkan khabar angin atau buat spekulasi liar yang akan membawa kepada ketakutan yang tidak perlu," katanya.

Rakaman kamera litar tertutup selama 30 saat menunjukkan seorang lelaki memakai jaket biru muda, topi keledar hitam berpenutup penuh dan sarung tangan dilihat berjalan ke arah seorang lelaki yang sedang bercakap di telefonnya di hadapan restoran.

Klip tanpa audio itu merakamkan suspek menghampiri mangsa dari belakang sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Suspek dilihat terus melepas tembakan walaupun mangsa rebah.

Kejadian itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa suspek kemungkinan pembunuh upahan.

Setakat ini siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.098549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list