CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5546|Reply: 0

[Johor] Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah di IPK Johor, hari ini. - Foto NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN

[Copy link]
Post time 9-1-2025 02:44 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

BATU PAHAT: Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal serta menunjukkan kemaluan kepada anak perempuannya berusia 14 tahun, Oktober lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 40 tahun dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bermula hari ini.

Ia membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Mengikut laporan dibuat isteri suspek, kejadian pada jam 10 pagi, 14 Oktober tahun lalu ketika mangsa bersama suspek menaiki sebuah motosikal.

Suspek memberi alasan kononnya mahu mengajar mangsa menunggang motosikal sebelum mengambil kesempatan itu, malah suspek juga menunjukkan kemaluan kepada mangsa ketika berada dalam bilik tidurnya.

Perbuatan itu dirahsiakan kerana suspek mengugut mahu membunuh diri jika mangsa memberitahu ahli keluarganya.

Selepas kejadian itu, mangsa menjadi trauma setiap kali melihat suspek di rumah sehingga menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis.

Bertindak atas laporan dibuat, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek di daerah ini, jam 7.30 malam.

Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051605 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list