CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43937|Reply: 0

50 cedera trem bawah tanah berlanggar

[Copy link]
Post time 12-1-2025 10:32 AM | Show all posts |Read mode

DUA buah trem berlanggar di Stesen Strasbourg-Ville. - Tangkap Layar/BBC


PARIS – Sekurang-kurangnya 50 orang cedera selepas dua trem bawah tanah berlanggar di stesen Strasbourg-Ville, Perancis, lapor laman berita The Sun UK semalam.

Satu rakaman video menunjukkan kesan daripada kejadian itu, dengan orang ramai dilihat memecahkan pintu bagi membolehkan penumpang keluar dari gerabak untuk pergi ke tempat selamat.

Nahas itu dipercayai berlaku apabila salah sebuah trem secara tidak sengaja menukar landasan sebelum merempuh trem kedua yang diletakkan di stesen tersebut.

Datuk Bandar Strasbourg, Jeanne Barseghian melawat tempat kejadian dan menyifatkan insiden itu sebagai satu perlanggaran dahsyat.

Dalam satu rakaman, orang ramai didengari menjerit ketakutan ketika asap memenuhi stesen bawah tanah sejurus selepas kedua-dua trem yang membawa 100 orang itu berlanggar.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Bas-Rhin mengesahkan sekurang-kurangnya 50 penumpang cedera dalam nahas tersebut.


Punca kejadian sedang disiasat oleh pejabat pendakwa raya. – AGENSI

Januari 12, 2025   sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041786 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list