CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41313|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis cari lelaki tetak rakan hingga cedera parah

[Copy link]
Post time 12-1-2025 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Polis cari lelaki tetak rakan hingga cedera parah

12 Januari 2025 12:55pm




Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Januari lepas. Foto hiasan




NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Januari lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dalam kenyataan memaklumkan, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa ketika mereka sedang mabuk dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam.

"Suspek bertindak menetak mangsa menggunakan pisau dan kejadian itu disedari rakan mereka yang kemudian menghantar lelaki berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki juga warga Myanmar yang dipercayai majikan suspek bagi membantu siasatan dan usaha mengesan lelaki yang terlibat dalam insiden berkenaan kini giat dijalankan," menurut kenyataan itu hari ini.


Kenyataan itu memaklumkan mangsa yang berusia lingkungan 30-an masih menerima rawatan di hospital dengan terdapat empat kesan tetakan di badannya dan siasatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/706706/berita/semasa/polis-cari-lelaki-tetak-rakan-hingga-cedera-parah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.037876 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list