CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6176|Reply: 0

Kemudahan awam di beberapa kawasan di Indonesia musnah akibat banjir, angin kencang

[Copy link]
Post time 13-1-2025 09:51 AM | Show all posts |Read mode

Beberapa kawasan di Indonesia termasuk Jakarta dilanda banjir besar dan angin kencang susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan kemusnahan meluas termasuk rumah tenggelam, kerosakan kemudahan awam. - Foto AFP

JAKARTA: Beberapa kawasan di Indonesia dilanda banjir besar dan angin kencang susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan kemusnahan meluas termasuk rumah tenggelam, kerosakan kemudahan awam dan kawasan pertanian terjejas.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam kemas kini hari ini, mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.

Di Jawa Tengah, banjir melanda daerah Pekalongan dan Cilacap manakala banjir pasang surut menjejaskan kampung Depok dan Blacanan, Jumaat lalu.

"Lebih 1,010 keluarga terkesan dengan lebih 700 rumah ditenggelami air. Paras air kekal antara 15 hingga 40 sentimeter," menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

Di Cilacap, limpahan sungai Cijambe dan Cikamuning membanjiri dua kampung menyebabkan kira-kira 200 orang terpaksa berpindah selain menyebabkan kerosakan pertanian yang ketara, dengan 65 hektar sawah padi ditenggelami air.

Sementara itu, di Halmahera Timur, Maluku Utara, hujan lebat selama tiga jam semalam, menyebabkan banjir di kampung Minamin dan Saolat, membabitkan 23 isi rumah.

Banjir turut menenggelamkan infrastruktur penting seperti kemudahan kesihatan dan menghanyutkan hasil kelapa seberat 10 tan. Namun, paras air dilaporkan surut menjelang 10 malam waktu tempatan, jelas Abdul Muhari.

Keadaan turut bertambah buruk apabila angin kencang melanda daerah Banjar, Kalimantan Selatan, pada petang Sabtu dan mengakibatkan 25 rumah rosak dengan lima daripadanya musnah teruk.

Pihak berkuasa tempatan kini giat membersihkan kawasan terjejas dan memberikan bantuan kepada mangsa dengan Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) menyelaras usaha bantuan. – BERNAMA

Januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069371 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list