CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9339|Reply: 0

Sekurang-kurangnya 10 maut dalam tanah runtuh Brazil

[Copy link]
Post time 13-1-2025 10:33 AM | Show all posts |Read mode

Pemandangan udara pasukan penyelamat bekerja di tapak tanah runtuh di kejiranan Bethania, Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di tenggara Brazil.

Perkhidmatan penyelamat Minas Gerais, semalam melaporkan, sembilan orang maut di bandar Ipatinga, di mana 80 milimeter hujan turun dalam tempoh satu jam.

Anggota bomba turut menarik mayat kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari runtuhan rumah yang musnah akibat tanah runtuh.

Satu lagi kejadian tanah runtuh menghanyutkan semua di laluannya di sepanjang jalan di tepi bukit di kejiranan Bethania di bandar itu.

Imej dari tempat kejadian menunjukkan runtuhan rumah dalam lumpur.

Sehingga petang semalam, seorang dari kawasan itu dilaporkan masih hilang, walaupun empat ahli keluarga mangsa berjaya diselamatkan.

Satu mayat turut ditemui di bandar berhampiran Santana do Paraiso.Gabenor Minas Gerais, Romeu Zema dalam satu kenyataan di media sosial, menghantar mesej solidariti bersama mangsa.

Negara terbesar di Amerika Latin itu digegarkan oleh beberapa cuaca ekstrem sepanjang tahun lalu.

Banjir besar akibat hujan mengorbankan lebih 180 orang di selatan negara itu pada April dan Mei tahun lalu.

Brazil juga mengalami kemarau yang menyebabkan kebakaran hutan terburuk dalam tempoh 17 tahun, yang memakan sebahagian besar hutan hujan Amazon. - AFP

Januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.785313 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list