CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4216|Reply: 0

'Kami dengar impak pelanggaran kuat, letupan'

[Copy link]
Post time 13-1-2025 03:48 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN penyelamat membawa penumpang cedera dalam pelanggaran trem di stesen Strasbourg untuk rawatan di hospital. FOTO AFP.

Strasbourg, Perancis: Sekurang-kurangnya 68 cedera dalam perlanggaran dua trem di Strasbourg, bandar di wilayah Grand Est, timur laut Perancis, yang disifatkan insiden jarang berlaku hingga menimbulkan panik orang ramai, kata pihak berkuasa semalam.

Dalam kejadian petang Sabtu itu, trem yang berada di hentian bawah tanah stesen kereta api utama Strasbourg, salah satu stesen paling sibuk di luar Paris, dilanggar trem lain yang bergerak ke belakang tanpa sebab munasabah.

Ketika kejadian, kedua-dua trem membawa puluhan penumpang.

Menurut pihak wilayah, pelanggaran mengakibatkan 68 orang cedera, jumlah terkini yang dikemas kini semalam, manakala kira-kira 100 orang berjaya keluar tanpa kecederaan.

Video yang tersebardalam talian menunjukkan keadaan huru-hara, dengan dua trem rosak teruk, penggera berbunyi dan orang ramai menjerit.

Seorang penumpang, Romaric Koumba berkata, ketika trem dinaiki berlepas dari stesen, mereka menyedari sebuah trem sudah kembali semula ke stesen.

"Nasib baik trem itu berhenti. Apabila trem itu bertembung dengan yang lain, pintunya tercabut," katanya.

Seorang lagi saksi, Johan Kirschenbaum berkata, trem yang bergerak itu seperti mempunyai masalah brek.

"Kami mendengar impak pelanggaran kuat, letupan besar," katanya.

Pada Sabtu, Pengarah Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Bas-Rhin, Rene Cellier berkata, 50 orang mengalami kecederaan yang tidak membawa maut seperti luka pada kepala, patah tulang selangka dan lutut.

"Kebanyakannya trauma," katanya, sambil menambah bahawa bahawa keadaan mungkin boleh jadi lebih serius.

Pejabat pendakwa raya berkata, siasatan ke atas 'kecelakaan yang tidak disengajakan' sudah dibuka, bertujuan untuk menentukan punca kemalangan dan mengenal pasti sebarang liabiliti jenayah.

Pemangku pendakwa raya Alexandre Chevrier berkata, perlanggaran itu tidak disengajakan dan menolak hipotesis mendakwa ia insiden yang dirancang.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Pengangkutan Strasbourg, Emmanuel Auneau berkata, pemandu kedua trem tidak cedera tetapi 'sangat terkejut'.

Syarikat itu berkata, perkhidmat trem di stesen kereta api digantung beberapa hari.

Pakar pengangkutan dan mobiliti di firma rundingan Wavestone, Julien Joly berkata, perlanggaran antara trem jarang berlaku.

"Kemalangan berlaku di tempat paling teruk dalam rangkaian, di dalam terowong dan di kawasan yang sangat padat," katanya.

Namun, Joly berkata, penumpang boleh diyakinkan bahawa trem kekal sebagai mod pengangkutan yang selamat.

Strasbourg ialah bandar utama Perancis pertama yang memperkenalkan semula trem pada 1994 selepas perkhidmatan itu ditutup pada 1960.

Bandar itu pernah mengalami kemalangan serupa pada 1998 apabila sebuah trem berlanggar dengan satu lagi di terowong yang sama, mencederakan 17 orang.


Disiarkan pada: Januari 13, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045812 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list