CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5487|Reply: 0

Seluar mana, seluar!

[Copy link]
Post time 13-1-2025 03:55 PM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA orang lelaki tidak memakai seluar panjang di sebuah stesen kereta api bawah tanah di London. - Foto AFP


LONDON – Acara tahunan menaiki kereta api bawah tanah tanpa memakai seluar panjang kembali semula bersama fesyen berwarna-warni di London, lapor akhbar The Guardian semalam.

Sekumpulan lelaki dilihat di Stesen Newport Place di Chinatown sebelum menuju ke dalam kereta api dengan memakai seluar dalam atau seluar  pendek.
Sementara itu, terdapat sekumpulan wanita memakai seluar pelbagai warna di stesen Waterloo.

Sekumpulan penumpang  lain berjalan menuruni eskalator. Mereka  kemudian merakam swafoto di dalam gerabak kereta api sambil mempamerkan pelbagai gaya.

Kebanyakan peserta tersenyum dan ketawa ketika menyertai acara percuma itu.

Terdapat juga seorang lelaki berpakaian kemeja putih, bertali leher hitam dan kot berwarna coklat tetapi tidak memakai seluar panjang.

Acara tahunan itu digambarkan sebagai aktiviti yang menyeronokkan hanya untuk tujuan keseronokan. – AGENSI

Januari 13/2/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list