CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8132|Reply: 0

23 terkorban dalam kemalangan bas

[Copy link]
Post time 13-1-2025 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya.



TRIPOLI - Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Libya.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Mohammed Al-Jali berkata, hospital kampung itu menerima tujuh mayat dan seorang mangsa yang cedera manakala hospital di bandar Hun dan Waddan yang terletak di daerah Jufra menerima 16 mayat dan empat individu yang cedera.




Menurut laporan itu, kejadian berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Jufra ke Tripoli.

Tambahnya, pihak berkuasa keselamatan dan pendakwaan sedang menyiasat untuk menentukan punca kejadian. - Bernama

Januari 13, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045349 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list