CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8585|Reply: 0

Subang hidung tersangkut, wanita 'melekat' pada kerusi

[Copy link]
Post time 13-1-2025 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Bermula dengan gurauan, seorang wanita menghadapi detik cemas apabila subang hidung yang dipakainya melekat pada kerusi sehingga terpaksa ke balai bomba Bandung untuk melepaskannya.

INDONESIA - Bermula dengan gurauan, seorang wanita menghadapi detik cemas apabila subang hidung yang dipakainya melekat pada kerusi sehingga terpaksa ke balai bomba Bandung untuk melepaskannya.

Pada mulanya, wanita berkenaan hanya bergurau dan meletakkan subang hidungnya dikerusi namun tersangkut.

Menerusi rakaman video yang dipaparkan, wanita berkenaan dilihat masih melekat di kerusi dan menaiki sebuah kenderaan untuk dibawa ke balai bomba.

Ketika menaiki kenderaan tersebut, kerusi berkenaan dibawa sekali bersamanya.

Menurut petugas bomba, Asep Risky, pihaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk melepaskan subang hidung yang dipakai wanita daripada kerusi.

"Saya difahamkan wanita berkenaan pada mulanya hanya 'main-main' namun tidak sangka subang hidung melekat di kerusi.

"Jadi dia datang ke sini untuk meminta bantuan daripada kami, sekejap sahaja sudah boleh buka," ujarnya.

Januari 13, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.039639 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list