CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9476|Reply: 0

Tergamak ibu bapa bunuh anak hanya kerana muntah di pasar mini

[Copy link]
Post time 14-1-2025 08:13 AM | Show all posts |Read mode

Kanak-kanak malang itu berjaya ditemui oleh pihak polis. Foto Agensi

JAKARTA - Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas dibunuh oleh ibu bapanya hanya kerana muntah di pasar mini, Ahad lalu di Kabupaten Bekasi.

Mayat mangsa dibungkus lalu dibuang di sebuah kedai kosong.

Pengawai polis daerah Merto Jaya, Kombes Wira Satya Triputra berkata, teguran pekerja pasar mini yang meminta orang tua kanak-kanak itu bertanggungjawab atas insiden berkenaan membuatkan mereka berasa kesal dan malu.

"Pekerja itu meminta mereka membersihkan muntah tersebut. Dalam masa yang sama, pekerja di pasar mini itu juga memberi amaran bahawa mereka tidak lagi boleh menjalankan aktiviti meminta sedekah di lokasi itu sekiranya kejadian sama berulang," katanya kepada wartawan pada Isnin.

Jelasnya, kanak-kanak malang itu dibunuh dengan cara dipukul dengan senjata tumpul.

Kedua-dua suspek iaitu AZR,19, dan SD, 22, kini sudah ditahan polis dan terancam hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Agensi

Januari 14, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034267 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list