CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3642|Reply: 0

'Menu' khas untuk orang kesunyian

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:05 PM | Show all posts |Read mode

PELANGGAN boleh memilih pakej disediakan untuk menghilangkan kesunyian di kafe peluk di Tokyo. FOTO Weixin.

Tokyo: Sebuah kafe di Jepun dikenali kerana tawaran 'menu' teman emosi apabila membenarkan pelanggan berpelukan atau merenung orang tidak dikenali.

Menu istimewa di Kafe Soineya itu untuk mereka yang kesunyian dengan pelanggan hanya perlu membayar untuk berbual mahupun berpelukan dengan individu tidak dikenali.

Menurut Japan Today yang dipetik SCMP, jika tidur selama 20 minit di kafe itu, pelanggan dikenakan 3,000 yen (RM93), sementara sesi penuh 10 jam semalaman berharga 50,000 yen (RM1,550).

Untuk tambahan 1,000 yen (RM31) pula, pelanggan boleh merehatkan kepala mereka di pangkuan pelayan wanita atau berpelukan dengannya selama tiga minit.

Bayaran yang sama juga membolehkan pelanggan merenung mata pelayan wanita tersebut selama satu minit atau menerima sentuhan mesra di belakang.

Pengurusan kafe berkata, objektif mereka untuk menyediakan pelanggan dengan cara tidur yang mudah namun selesa bersama seseorang.

Bagaimanapun, kafe itu tetap mempunyai peraturan ketat bagi melindungi kakitangan wanita mereka, termasuk larangan menyentuh rambut atau melebihi batas lain.

Pelayan kafe, Fuki berkata, ramai pelanggan menghadapi kesukaran untuk menjadi terbuka dengan rakan atau rakan sekerja mereka.

Seorang pelanggan lelaki, Inoue pula memberitahu, "Apabila saya bercakap dengan perempuan, saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Walaupun mereka senyum manis, mereka mungkin berbohong atau mengkritik di belakang saya."

Inoue mengakui malu apabila memilih perkhidmatan itu tetapi akhirnya dapat merehatkan kepalanya di pangkuan Fuki. Dia juga mendapati perbualan mereka lebih santai dan menyeronokkan.

Kafe itu menarik perhatian ramai warganet di media sosial dan menerima pelbagai reaksi bercampur.

Jepun yang mempunyai norma sosial ketat mengenai kawalan diri dan tidak mengganggu orang lain, menyebabkan ramai golongan muda bergelut dengan kesepian.

Lebih ramai penduduk di Jepun juga dikatakan mengelak daripada menjalinkan hubungan intim, dengan kajian mendapati 45 peratus wanita dan 25 peratus lelaki berusia 16 hingga 24 tahun tidak berminat atau menolak hubungan seksual.

Sementara itu, satu tinjauan oleh pejabat Kabinet pada 2022 mendedahkan lebih suku orang Jepun dalam lingkungan umur 30-an tidak merancang untuk berkahwin.

Hidup solo juga semakin biasa, dengan 34 peratus daripada semua isi rumah terdiri daripada individu yang tinggal sendirian.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047995 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list