CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4523|Reply: 0

Indonesia perhebat kesiapsiagaan hadapi letusan 3 gunung berapi

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:31 PM | Show all posts |Read mode

(Gambar fail) Aktiviti gunung berapi di Gunung Lewotobi Laki-Laki. - FOTO REUTERS

JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, dengan memfokus kepada perkembangan aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki serta Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari, berkata Gunung Ibu di mukim Ibu, Halmahera Barat, Maluku Utara, meletus lagi pada Sabtu lalu tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kesedaran penduduk dan pihak berkuasa tempatan yang semakin meningkat.

"Penduduk serta pelawat dinasihatkan mematuhi saranan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) dan juga pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Gunung Lewotobi Laki-Laki setinggi 1,584 meter di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, juga terus meletus dengan enam letusan direkodkan antara 1 hingga 7 Januari lalu.

"Api kelihatan berhampiran puncak, menunjukkan lava sedang naik ke permukaan yang merah menyala pada waktu malam.



"Mendapan lava serta bahan yang berpotensi membentuk aliran lumpur gunung berapi, ditemui di kawasan barat laut dan timur laut kawah," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dan pelawat dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari pusat letusan serta sektor barat daya-timur laut hingga enam kilometer.

Gunung Merapi yang terletak di empat kawasan pentadbiran meliputi daerah Klaten, Magelang dan Boyolali di Jawa Tengah, serta Sleman di Yogyakarta, kekal pada Tahap III sejak November 2020 kerana aktiviti gunung berapi yang tinggi.

"Selain aliran lava panas, potensi bahaya semasa termasuk awan panas dan aliran lumpur gunung berapi di sektor barat daya-selatan, meliputi Sungai Boyong hingga lima kilometer, serta Sungai Bedog, Krasak dan Bebeng hingga tujuh kilometer.

"Bahan gunung berapi yang dimuntah keluar semasa letusan boleh mencapai radius tiga kilometer dari puncak," kata Abdul Muhari.

Orang ramai digesa tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan berpotensi bahaya dan berhati-hati terhadap aliran lumpur gunung berapi serta aliran awan panas, terutama ketika hujan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.176557 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list