CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9657|Reply: 0

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas faktor keselamatan

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:04 PM | Show all posts |Read mode

Biden pada Selasa mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan negara. Gambar hiasan

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat perkhidmatannya Joe Biden, pada Selasa mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan negara, lapor agensi berita Jerman dpa.

Peraturan baharu ini akan menghalang penjualan dan pengimportan sistem perkakasan dan perisian kenderaan terhubung atau pintar, serta kenderaan pintar yang lengkap, dari China dan Rusia, menurut kenyataan Rumah Putih yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut Rumah Putih, sekatan terhadap perisian akan berkuat kuasa bagi model keluaran 2027, manakala sekatan terhadap perkakasan akan dikenakan bagi model keluaran 2030.

Kenyataan Rumah Putih menyebut yang langkah itu bagi "melindungi Amerika daripada risiko keselamatan negara yang berkaitan dengan penyalahgunaan rantaian bekalan kenderaan pintar oleh China dan Rusia."

"Pentadbiran Biden-Harris komited untuk memastikan yang rantaian bekalan automotif kita kukuh dan selamat daripada ancaman siber pihak musuh asing," tambah kenyataan itu.

Dasar ini dilihat menjejaskan kenderaan buatan AS, meletakkan syarikat seperti Polestar, yang mengeluarkan kenderaan di Carolina Selatan tetapi mempunyai kepentingan syarikat Geely dari China, dalam kedudukan yang sukar.

Sementara itu, Waymo, syarikat kenderaan pandu sendiri yang dimiliki oleh syarikat induk Google, Alphabet, sedang bersiap untuk menggunakan kereta Zeekr,
jenama dari China untuk kenderaan generasi akan datangnya. Waymo, bagaimanapun, merancang untuk menggantikan elektronik asal dengan sistem mereka sendiri.

Pentadbiran Biden sebelum ini melindungi pasaran kereta AS dengan tarif 100 peratus terhadap kereta elektrik dari China. Donald Trump, yang bakal menggantikan Biden pada 20 Jan sekian lama berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Beijing.

Elon Musk, penasihat rapat Trump dan ketua pengeluar kereta elektrik AS Tesla mengkritik tarif tersebut, mendakwa ia merosakkan pasaran.

Tesla mempunyai kilang besar di Shanghai dan bergantung pada pasaran China. - Bernama/dpa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.080747 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list