CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24418|Reply: 0

Bilionair tak lupa jasa penduduk kampung

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:14 PM | Show all posts |Read mode

LIU menjadikan amalan pemberian bantuan di kampungnya itu sebagai acara tahunan. FOTO Douyin

Beijing: Demi membalas jasa penduduk yang pernah membantunya menyambung pengajian di universiti, seorang bilionair China menziarahi mereka setiap tahun untuk memberi hadiah dan wang tunai.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Liu Qiangdong memberikan penghargaan termasuk dalam bentuk wang tunai 10,000 yuan (kira-kira RM6,148) kepada setiap individu di kampung itu, yang berumur 60 tahun ke atas.

Liu, 50, adalah adalah pengasas dan pengerusi JD.com iaitu laman web e-dagang terkemuka.

Menurut Senarai Kaya Global Hurun yang dikeluarkan pada April tahun lalu, nilai kekayaan Liu mencecah 49.5 bilion yuan (kira-kira RM32.18 bilion), meletakkannya pada tempat ke-427 dalam senarai taikun global.

SCMP melaporkan rutin itu menjadi amalan tahunan Liu bagi menghargai penduduk di Perkampungan Guangming, Suqian, wilayah Jiangsu, menjelang Tahun Baru Cina.

Bilionair itu berkata, dia sentiasa berterima kasih kepada rakan sekampungnya yang menderma 500 yuan (kira-kira RM307) dan 76 telur untuknya ketika ke Beijing untuk menyambung pengajian di universiti pada awal 1990-an.

Kunjungannya untuk mengagihkan hadiah bermula dilakukan sejak 2016 apabila dia membawa isterinya, Zhang Zetian ke kampung itu.

Selain sumbangan 10,000 yuan (kira-kira RM6,148) kepada setiap penduduk kampung yang sudah berusia, Liu juga menghantar hadiah lain, termasuk makanan, pakaian dan peralatan rumah, bernilai ribuan yuan secara keseluruhan, kepada setiap keluarga.

Seorang petani bernama Xu memberitahu Jiupai News bahawa jawatankuasa kampung memaklumkan Liu melawat mereka pada 8 Januari lalu.

Katanya, sebelum kedatangan Liu, jawatankuasa kampung memberitahu supaya penduduk menyerahkan salinan dokumen daftar isi rumah dan kad pengenalan, untuk bersedia dengan pemberian hadiah.

Menurut Xu, kedua ibu bapanya berusia lebih 60 tahun, jadi mereka menerima sejumlah 20,000 yuan (kira-kira RM12,295) daripada Liu.

"Liu datang ke kampung kami tahun lalu dan dia memberi kami jaket dan sedikit makanan.

"Saya nampak dia dari jauh. Dia kacak dan bertenaga. Kita semua berterima kasih kepadanya," katanya.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.114306 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list