Persembahan semburan api antara acara sambutan Pesta Sakrain di Bangladesh. - Foto AGENSI
DHAKA: Penduduk di ibu kota Bangladesh, Dhaka merayakan festival Sakrain, yang juga dikenali sebagai Ghuri Utsob atau Festival Layang-layang.
Festival ini disambut setiap tahun pada penghujung bulan Poush, bulan kesembilan dalam kalendar Bengali.
Sempena perayaan itu semalam, festival itu mengubah langit di Dhaka menjadi 'berkilauan' dengan ratusan ribu layang-layang. Acara tahunan ini, seperti biasa turut menampilkan persembahan bunga api dan pertunjukan semburan api.
Di beberapa bahagian di Bangladesh, festival ini juga disambut untuk menandakan permulaan musim menuai.
Menikmati kek musim sejuk yang dikenali sebagai 'Pitha' yang dibuat dengan beras musim sejuk yang baru, serta menerbangkan layang-layang pada hari itu, menjadi tradisi sekian lama diamalkan.
|