CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 34726|Reply: 46

Bentuk hidung berubah, nafas Ayu Damit sekarang lebih lancar

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Perubahan bentuk hidung menjadi bualan, penyanyi Ayu Damit enggan memberikan sebarang komen atas alasan tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan.

Bagaimanapun, Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 36, mengakui pernafasannya kini lebih lancar selepas menjalani rawatan pada bahagian itu di sebuah pusat kesihatan, baru-baru ini.



“Saya tak boleh komen sebenarnya, video pun dah dikongsikan dan bagi saya tidak perlulah digembar-gembur.

“Tak boleh cakap banyak-banyak pun sebab saya tidak mahu nanti ada benda-benda berbangkit.

“Sekarang saya lebih selesa bernafas walaupun ini tak sihat lagi. Sebelum ini, saya kurang tidur. Bila bangun pagi, asyik bersin memang stres sebab banyak lagi benda saya nak buat,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media Malam Laguan Puisi, semalam.

Meskipun meraih pelbagai komen, pelantun lagu Hanya Di Mercu itu tidak peduli dengan kecaman orang, sebaliknya hanya memikirkan kesihatan diri sendiri.

“Apa orang nak cakap sekarang, saya sudah tak terkesan dan tidak mahu ambil kisah.

“Dah penat orang mengata macam-macam. Kalau nak ikut cakap mereka, tak boleh juga sebab kita punya masalah kesihatan.

“Apa yang baik, kita ambil sahaja dan buruk kita buang,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, juara One In A Million (OIAM) musim kedua itu turut memaklumkan dia berjaya menurunkan 20 kilogram (kg) selama tiga bulan.

“Sebenarnya saya juga dijaga sebuah klinik dari berat badan 72kg, sampai 52kg.

“Setiap minggu saya memang dijaga sebab melibatkan kesihatan saya yang agak berisi. Lutut saya mudah sakit jadi lebih baik saya turunkan berat badan.

“Mereka jaga makan saya dan tak ambil nasi dan gula selama tiga bulan,” jelasnya.

Sebelum ini, tular sepotong video Ayu menjalani rawatan mencantikkan hidung di sebuah pusat kesihatan yang mencetuskan perdebatan ramai.

Bersandarkan paparan deskripsi jenis rawatan dilakukan, prosedur tersebut bukan pembedahan plastik, sebaliknya diperincikan menggunakan benang, tidak berparut serta bentuk hidung boleh bertahan sehingga tiga tahun.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 09:49 PM | Show all posts
nak cakap dia resdung la dan kene bedah hidung

Kalau betul sbb resdung takde la nak berdolak dalik

kan bagus ngaku bende betul

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde gmbo lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak larat migrain
Maybe sbb sinus
Aku nak buat rawatan gak la tp takut gak bab main bedah idung ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada fyp video dia kat tt buat hidung tu.. Tapi tu lah .. Hmm.. Takpe lah  iols ngantuk.. Malas komen.. Good luck utk sheols la.. Next year try masuk gegar vaganza ek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung berubah
Nafas lebih lancar
Tu yg dada naik membukit
Tanda rongga pernafasan dah terbuka luaskah? Atau paddingkah?
Mcm che'ta. Kelopak lagi besau dari isi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 12:04 AM | Show all posts
Shayang replied at 15-1-2025 03:57 PM
Aku tak larat migrain
Maybe sbb sinus
Aku nak buat rawatan gak la tp takut gak bab main bedah idung  ...

Aku ritu doktor bagi ubat spray dlm lubang hidung tu.

Bagus gak

Lupa brand apa. Malas nak bangun tengok kat bilik Haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pusat rawatan kesihatan ke kecantikan??
haha nampak membongak sgt
baik ckp terus terang mcm lavocah tu lg bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 15-1-2025 11:40 PM
Ada fyp video dia kat tt buat hidung tu.. Tapi tu lah .. Hmm.. Takpe lah  iols ngantuk.. Malas komen ...

Dia dh penah masuk la kak. Time halep juara tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 09:04 AM | Show all posts
asal buat hidung je claim resdung..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:55 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 16-1-2025 08:58 AM
Dia dh penah masuk la kak. Time halep juara tuh.

nope. alif GV8
ayu GV7, tahun cliff juara
ayu no. 3


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:03 AM | Show all posts
Kalau ada masalah hidung, mmg kena operate buat hidung baru ke? Ingatkan just betulkan rongga kat dalam je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:04 AM | Show all posts
Good for her.. what ever.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:11 AM | Show all posts
lalu kat tt sheols buat thread lift hidung hahahaha sembangggg masalah kesihatan... thread lift tu tak bagi impak pun kalau kau sinus ke resdung ke.. ko boleh geng acik ina pulut kuning hutan amazon tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 15-1-2025 10:57 PM
Aku tak larat migrain
Maybe sbb sinus
Aku nak buat rawatan gak la tp takut gak bab main bedah idung  ...

anak iols rhinitis rasa mcm sama je kot mcm uols ni mmg agak teruk la.
last 2yrs doc ckp maybe kene operate tp tggu dulu kot2 dia makin lama makin ok sbb dia pun time tu baru 14y. tapi mcm2 ubat mcm2 dose bertukar

iols tnya la kalau op hidung jadi lain ke?? kot2 blh jd mancung girtuhh dah idung anak iols versi melayu jah.
doc gelak, op bhgn dalam repair lubang kat area batang tu je takdak la plak jd tggi hidungnya
dah 16y ni mcm makin improve je, next appt bulan 4 rasanya x perlu op dah kot.

***iols teringat ajai ckp dia op hidung sebab sinus yg teruk terus mencanak tggi hidungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:22 AM | Show all posts
thread hidung permanent ke temporary jek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 11:24 AM | Show all posts
mana gambar sebelum buat hidung?

sbb iols tak mampu nak bezakan. iols nampak dia tak lawa je sentiasa

biasa org buat muka ni patut nampak makin lawa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:43 AM | Show all posts
LadyWhistledown replied at 16-1-2025 11:22 AM
thread hidung permanent ke temporary jek?

Yang I tau Temporary sebab benang tu lama2 akan dissolve. Lainlah kalau dia buat plastic surgery. Ini kekal
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:52 AM | Show all posts
tp nmpk mcm sama je hidung dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ttp huduh dek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053401 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list