CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23168|Reply: 72

[Tempatan] Lembaga Zakat Selangor memotong peruntukan 27 penghuni RM800 sebulan berbanding RM1,850, 34 warga emas uzur bakal diusir dari pusat jagaan Mei ini

[Copy link]
Post time 2-2-2025 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 2-2-2025 12:17 AM

KUALA SELANGOR – Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib bakal menimpa 34 warga emas dan uzur yang diabaikan ahli keluarga berdepan risiko diusir pemilik rumah akibat kekurangan dana untuk membiayai operasi Pusat Jagaan Orang Tua SRA, di sini.

Pengasasnya, Sharil Hussein, 43, berkata, lebih malang pihaknya hanya diberi tempoh lima bulan sahaja atau pada Mei ini untuk mengosongkan sebuah rumah banglo yang disewanya di Taman Melawati, di sini, sejak empat tahun lalu.

Beliau berkata, kekangan kewangan itu berlaku selepas Lembaga Zakat Selangor memotong peruntukan 27 penghuninya yang berdaftar kepada RM800 sebulan berbanding RM1,850 sebelumnya


Peruntukan itu adaah bagi membiayai kos makanan, penginapan dan pengurusan di pusat jagaan berkenaan.

“Sejak 2021 hingga kini, setiap bulan kami menerima keseluruhan bantuan daripada LZS sebanyak RM16,500 namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung kos operasi pusat ini yang menelan belanja antara RM45,000 hingga RM50,000 sebulan.

“Ia merangkumi kos gaji petugas, makan, minum, air, elektrik dan sebagainya. Kami mula terkesan dengan masalah kewangan ini sejak tahun lalu (2024) di mana pada Jun lalu saya tidak mampu meneruskan pusat jagaan ini.


Menurut Sharil, kesemua 34 penghuni pusat jagaan itu “diselamatkan” susulan timbul isu lambakan warga emas yang terabai dan “dibuang” ahli keluarga di hospital-hospital kerajaan dari seluruh negara.

“Lambakan ini berpunca daripada warga emas yang ditinggalkan oleh anak-anak di hospital tanpa dituntut ahli keluarga.

“Lebih menyedihkan apabila berlaku kematian melibatkan penghuni pusat jagaan ini mengambil masa lama,” katanya.


Selain itu, katanya, kewangan pusat jagaan itu semakin terbeban apabila kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,500 pada 1 Mei 2022.



“Pada 2020, kita hanya memberikan elaun kepada petugas-petugas pusat jagaan, antara RM800 hingga RM1,200.

“Apabila sumber kewangan peribadi habis digunakan sehingga Jun 2024, ia menjadi bebanan kepada kami,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:19 AM | Show all posts
Jangan kes punca duit masuk poket sendiri sudahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg puak ka-pi-aq harbi dok MINTA duit zakat utk partai misekin tu hari...katanya sgt LAYAK ditolong...lansung terPOTONG hak org islam yg lebih AFDOL...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat dipotong? Bkn ka ramai yg bayaq zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...habis tu diorg nk tinggal kat mana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2025 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke zakat sgor paling berbilion duit kutipan??? Buat bangunan cantik2 nomot syatu, bila rakyat minta bantuan bkn main susah lgi dgn kerenah birokrasi mengarut dia. Klau staff mintak bkn main laju kroni luluskan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga masuk neraka yg salah guna kuasa,  yg mkn duit bukan hak dia..aminn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah... Patut jumlah bantuan makin naik, tapi di potong nye pulak dgn kos hidup yg makin tinggi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak boleh..hantar saja ke rumah orang tua di cheras tu...sungai long..
Under jabatan kebajikan masyarakat...
Sebab ni yang diabaikan..dan takde waris..
Elok lah dimasukkan jkm..
Bior jkm.cari.sapa.waris depa neh...

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dear TT,
Memotong RM800 sebulan dengan memotong kepada RM800 sebulan tak sama ya. Tajuk kena sama dengan isi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan: LZS memang bayar ikut kepala atau lump sum RM16,500 ikut pandai macam mana nak manage?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:17 AM | Show all posts
Orang tua dibuang ahli keluarga. Patut ada undang-undang yang membolehkan kerajaan potong duit daripada akaun bank anak kepada ibu bapa yang diabaikan seperti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa  reason LZS potong peruntukkan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
susah nk ckp ya. perlunya penjelasan dua belah pihak. kalau rumah penjagaan ni menjadi longgokan warga emas yg dihantar dari hospital, mestilah ada sumber kewangan nya. tkde org yg saja² nk menanggung beban.
perlu ada audit perbelanjaan.  supaya belanja lebih berhemat.
tk boleh la suka² nk set up pusat penjagaan / rumah anak yatim tanpa kelulusan jkm. takut nanti ada isu dera atau salah guna dana.
tp LZS pun tk patut potong bajet melainkan mungkin penghuni dah kurang. kalo sakit, bwk ke hospital. free je kot.
jd iktibar pd kita² semua. terutama pd diri ku sendiri. yg tkde waris ni. ada beli lot rumah penjagaan org tua di jeram tp skrg kita
wakafkan.
kat kundang rasa nya ada jugek rumah penjagaan warga emas muslimah. purata kos dlm $4000 / seorang. ini kalau perlukan bantuan utk mkn, utk.ubat & pengurusan diri.
kalo masih boleh uruskn diri.. tkde lah mahal sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:12 AM | Show all posts
zehra2 replied at 2-2-2025 09:48 AM
susah nk ckp ya. perlunya penjelasan dua belah pihak. kalau rumah penjagaan ni menjadi longgokan war ...

Ya. Tunggu penjelasan daripada Lembaga Zakat Selangor. Tak boleh nak memandai tuduh orang LZS salah guna kuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 10:22 AM | Show all posts
Banyak betul tu kena potong dari RM1,850 kepada RM800. Lebih daripada separuh. Mesti bersebab kena potong sebegini. Tunggu LZS keluarkan kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 2-2-2025 09:17 AM
Orang tua dibuang ahli keluarga. Patut ada undang-undang yang membolehkan kerajaan potong duit darip ...

Kita boleh lah andaikan anak2 pun sengkek sendiri nak hidup pun tak lepas. Nak sedut duit dari akaun tu hampir mustahil nak buat lah.  Kalau ada anak2 yg mampu apa yg gomen boleh buat ialah insentif cukai ja lah. Macam aku dulu gaji maid jaga mak aku pun aku claim relief. LHDN pun tak banyak tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
LZS takkan senang² nak potong kalau tiada penilaian terperinci dibuat. Banyak juga dia potong dari rm1800 kpd rm800, mesti ada justifikasinya.

Sedangkan ada sestgh bantuan kerajaan yg  bila nak stop @ bagi bantuan perlu bawa dlm mesy. utk verify dgn jabatan/agensi terlibat sblm keputusan dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah ni swasta kan? Why not hantar ke jkm?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070257 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list