CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11208|Reply: 5

[Tempatan] Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah

[Copy link]
Post time 7-2-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-2-2025 11:20 PM

Pilih Tinggal Dalam Kereta Kerana Kesempitan Hidup

Kerana kesempitan hidup dan berhadapan dengan masalah kewangan, sepasang suami isteri menjadikan kereta Proton Wira Aeroback sebagai kediaman mereka untuk berteduh sejak dua bulan lalu hingga kadangkala terpaksa berpindah-randah.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menerusi satu hantaran di Facebook.

“Semalam (6 Februari) ketika solat zuhur di Masjid Kota Iskandar, saya dimaklumkan ada sepasang suami isteri yang telah dua bulan tinggal di dalam kereta berpindah randah kerana terpaksa mengosongkan rumah sewa atas faktor kesempitan hidup dan masalah kewangan.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail dan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid untuk membantu pasangan suami isteri ini,” tulisnya

Pasangan Dipindahkan Ke Rumah PPR
Tambah Mohd Jafni yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, pasangan itu dengan bantuan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah dapat dipindahkan ke kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru semalam (6 Februari).

“JKM dibawah penyelarasan Khairin Nisa juga akan memberikan bantuan yang bersesuaian bagi memastikan pasangan ini boleh meneruskan hidup mereka,” katanya lagi.

Tak Cukup Duit Kumpul Deposit Rumah Sewa
Dalam pada itu, suami isteri yang dikenali sebagai Faiq Mat Jaya dan Rohana Abu Bakar mendedahkan kesukaran mengumpul duit deposit sewa rumah yang mencecah hampir RM5,000 menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

Difahamkan, mereka berhadapan dengan masalah kewangan selepas pendapatan terjejas ketika bekerja sebagai penjual air dan buah kelapa tepi jalan pada akhir tahun lalu kerana musim tengkujuh.

Rumah PPR
Faiq yang juga bekerja sebagai penghantar makanan menjelaskan, dia dan isteri bersyukur dengan bantuan rumah PPR yang diberikan oleh Mohd Jafni.

“Sebenarnya saya terkejut selepas kehidupan saya dan isteri menjadi viral selepas mendapat perhatian YB Datuk Mohd Jafni dan dia sedia membantu menyediakan rumah sewa kepada kami, terima kasih.

“Sebelum ini kami menyewa di Gelang Patah, Iskandar Puteri namun sebab pendapatan merosot menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar rumah dan pemilik rumah sewa tersebut mahu tinggal di rumah yang disewa itu.

“Nak cari rumah sewa baharu, harga rumah sewa di sekitar JB amat tinggi, sewa rumah sebulan dah RM1,500, nak kena cari deposit tiga bulan, tolak tambah kena ada RM5,000, mana kami nak cari,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Hidup Berpindah Randah Cari Lokasi Sesuai Untuk Berehat
Kongsi Faiq lagi, sepanjang dua bulan dia dan isterinya tinggal dalam kereta yang dibeli sejak usia 20 tahun, mereka sering berpindah bagi mencari lokasi untuk berehat.

Kadangkala, Masjid Kota Iskandar dan Surau Nusa Perintis menjadi tempat untuk mereka membersihkan diri.

“Sepanjang tempoh itu juga, saya dan isteri bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan paling kurang RM12 sehari.

“Kami bersyukur dapat berlindung dalam kereta meskipun sempit namun masih ada tempat untuk berteduh, orang lain lagi berat ujian mereka, dalam kubur lagi sempit.

“Kami makan ala kadar sahaja sekadar mana yang termampu, kami hidup berdua senang nak uruskan makan minum, kadang-kadang beli makanan bungkus berkongsi dua untuk berjimat,” jelasnya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita lama ni kot.. takkan la di zaman kegemilangan ekonomi di bawah kerajaan madani, masih berlaku perkara macam ni

Sepatutnya hal macam ni terjadi ketika di bawah rejim zalim najib jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sukurlah meleysia masih aman"

Lama tak dgr ayat keramat innih
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang lakibini ni pun bengap ke nk cari rumah yg depo smpi rm5k? Rumah ape tu dik? Ko berdua je pun bukannye ada baby lg. Mohon jgn membiak lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 01:32 AM | Show all posts
annehuda replied at 8-2-2025 12:24 AM
Yang lakibini ni pun bengap ke nk cari rumah yg depo smpi rm5k? Rumah ape tu dik? Ko berdua je pun b ...

mungkin mereka cari rumah yg rm1500 sebulan...
kat johor nun area jauh sikit dari jb, macam kulai ke gelang patah ke dah takde rumah sewa yg kos rendah bawah rm1000 ke?

atau cuba cari kerja yg lain sikit dari penghantar makanan, contohnya promoter kat aeon/parkon, TF, giant...
sekurang2nya ada pendapatan tetap setiap bulan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 8-2-2025 01:32 AM
mungkin mereka cari rumah yg rm1500 sebulan...
kat johor nun area jauh sikit dari jb, macam kulai ...

Sana sewa mengarut nyah..cuba uols tgk..sewa setingkat area kulai..1.5k kao

Kalu nk murah mgkin kena cari flat pprt tgkt 5

Atau belah2 pasir gudang , masai nun jauh di sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040334 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list