CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7208|Reply: 3

[Jenayah] "Kurang Adab, Tak Berapa Sihat" - Buat Video Gaduh, Siap Naik Kaki Level Kung Fu!

[Copy link]
Post time 4-2-2025 08:23 AM | Show all posts |Read mode


“Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita.

“Serious, yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya,” katanya lagi.

Angah Sunan meluahkan pendapatnya tentang trend penyuntingan gaya Kung Fu menggunakan teknologi AI seperti mana yang sedang popular di media sosial.

Walaupun suntingan itu dianggap sekadar bahan hiburan buat sesetengah masyarakat, namun pemilik hantaran ini menganggap trend tersebut sebagai suatu perkara yang kurang beradab.

Ini kerana segelintir gambar yang disunting itu melibatkan individu terhormat seperti ibu bapa, keluarga, guru, tok kadi, naib canselor universiti dan sebagainya.

“Di TikTok sekarang, tular kesan (effect) visual Kungfu Shaolin. Gambar kita akan dijana oleh AI TikTok lalu orang-orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkungfu level naik kaki bagai.

“Kemudian ramai la duk buat, gambar ambil scroll di majlis konvo, tiba-tiba berkungfu dengan Timbalan Naib Chanselor atau seumpama. Laki bini berkungfu – kungfu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mereka yang ‘waras’ tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana mengetahui batas untuk bergurau.

Hukum Guna AI Dalam Islam

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, beliau menjelaskan bahawa penghasilan gambar menggunakan teknologi AI adalah berbeza-beza mengikut situasi.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

    Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
    Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

    Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
    Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
    Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI hanya dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2025 08:23 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2025 08:23 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2025 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.192111 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list