|
Seorang pelajar lelaki maut ditikam dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah.
Mangsa yang berusia 15 tahun dipercayai ditikam oleh seorang remaja lelaki.
Susulan itu, suspek yang juga berusia 15 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan.
Insiden tersebut berlaku di sebuah sekolah di Sheffield, South Yorkshire di United Kingdom.
Difahamkan, mangsa ditikam ketika waktu rehat makan tengah hari.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika hendak dibawa ke hospital.
Dilaporkan, ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa memberi penghormatan terakhir di media sosial.
Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|