CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11334|Reply: 0

[Sabah] HPN 2025 Banjarmasin perkukuh kerjasama wartawan

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:42 AM | Show all posts |Read mode
KOTA Banjarmasin di Kalimantan Selatan bakal menjadi perkampungan wartawan terbesar apabila acara peringatan Hari Pers Nasional (HPN) 2025 diadakan hujung minggu ini.

Ribuan wartawan dari seluruh pelosok nusantara mulai berdatangan sehari dua lagi, menjelang kemuncak sambutan pada Ahad.

Wartawan Malaysia menerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) turut diundang menyertai perhimpunan itu yang ditetapkan pada tanggal 9 Februari setiap tahun.


HPN 2025 mengangkat tema `Pers mengawal ketahanan pangan untuk kemandirian bangsa' dengan sisipan tema kecil `Kalsel gerbang logistik Kalimantan'.

Tema itu dipilih seiring gagasan besar digariskan Presiden Prabowo Subianto, untuk memastikan kecukupan dari segi sumber makanan rakyatnya.

Pemilihan tema itu menunjukkan pentingnya peranan wartawan dan media menentukan kelangsungan kehidupan rakyat, dengan menghasilkan tulisan secara proaktif yang menjurus ke arah memastikan negara mampu berdikari.

Dalam konteks Indonesia yang terbentang luas, ia sememangnya memiliki kemampuan untuk menghasil serta menguruskan sumber makanan secara mandiri.

Justeru menerusi penulisan, wartawan mampu menyumbang idea bagaimana negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Ini tentunya sekali gus mampu menjamin ekosistem dan kestabilan bekalan di sebalik kemungkinan berlaku krisis makanan global.
Menariknya, sambutan HPN 2025 ini menampilkan logo yang membawa makna amat signifikan -- maskot haiwan bankatan memegang dua simbol utama, iaitu seikat padi di tangan kiri dan pena di tangan kanan.

Ikatan padi melambangkan wartawan sebagai mitra pemerintah dalam menjamin keutuhan sumber makanan, manakala pena simbol ketajaman pemikiran wartawan.

Sementara maskot bankatan berpakaian adat Banjar, termasuk ikatan khas pada kepala, mencerminkan kemewahan budaya lokal Kalimantan Selatan.

Hakikatnya, kehadiran delegasi ISWAMI dan wartawan Malaysia dalam setiap sambutan HPN sejak beberapa tahun lalu berjaya memperkukuh hubungan antara wartawan dan organisasi media kedua-dua negara.

Secara tradisi, wartawan dan media Indonesia juga diundang menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Malaysia yang diadakan pada 29 Mei setiap tahun.

Kehadiran wartawan secara timbal-balas ini banyak membantu kerajaan kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia, dalam menangani pelbagai isu dua hala.

ISWAMI yang ditubuhkan pada 2003 menjadi forum yang menjambatani hubungan media serumpun, sekali gus berjaya membina kemakmuran bersama kedua-dua negara.

Ini kerana ia menjadi platform membuka ruang kepada kerjasama dan kolaborasi serta pertukaran nilai-nilai kewartawanan bagi manfaat bersama.

Sinergi dan permuafakatan bersama penting bagi memperkasa kekuatan nilai-nilai kewartawanan, lantaran organisasi media dan wartawan Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari segi budaya kerja mahupun naratif kewartawanannya.
Menerusi HPN dan HAWANA misalnya, perkongsian idea dapat digarap dan diperkasa seiring matlamat memperkasa industri media serantau.

Ketua Umum Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Pusat, Hendry Ch Bangun, awal-awal lagi menyambut baik kedatangan delegasi ISWAMI Malaysia ke Banjarmasin.

Menurutnya, kehadiran wartawan Malaysia dalam HPN 2025 menunjukkan hubungan erat antara insan wartawan kedua-dua negara, yang sudah terjalin sekian lama.

Semoga HPN 2025 bukan saja menyegarkan momentum hubungan baik dua negara, tetapi lebih penting memperkukuh kerjasama dan memperkuat muafakat dua hala antara wartawan Malaysia dan Indonesia.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.085520 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list