View: 36623|Reply: 18
|
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
[Copy link]
|
|
Ketika namanya kembali menyinar di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), kehidupan peribadi penyanyi Zehra Zambri turut mula menjadi perhatian peminat.
Dalam kesibukan bertanding di musim ke-11 program itu, timbul pula dakwaan perkahwinannya dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, dilanda badai apabila suaminya memadam foto mereka bersama di Instagram.
Zehra, 38, bagaimanapun menjelaskan suaminya tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum.
“Dia ‘archive’ sahaja gambar-gambar di Instagram sebab dia tidak suka ditanya kawan-kawan tentang dunia artis sebab tidak meminati bidang seni.
“Saya hormati pilihan suami dan sebelum ini memang kami hidup dengan penuh privasi.
“Perkahwinan kami pun tidak mudah sebab ada juga konflik kekeluargaan,” katanya kepada mStar.
Zehra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert akhir GV11 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Zehra memberitahu sepanjang pembabitan dalam GV11, suaminya menolak menonjolkan diri kerana dia bukan anak seni.
Pun begitu, itu bukan bererti dia tidak menyokong karier seninya sebaliknya tidak selesa menjadi perhatian.
“Sepanjang saya masuk ke GV11, suami saya tidak suka diberi perhatian. Dia bukan anak seni, tidak faham dunia glamor itu bagaimana.
"Namun saya menyertai GV ini dengan restu suami juga, pada awal minggu memang dia temani saya tetapi lama-kelamaan saya ambil keputusan untuk diuruskan oleh ahli keluarga sahaja.
“Suami memang menolak untuk menonjolkan diri kerana dia risau kehidupan keluarga tidak ada lagi privasi. Katanya biar saya seorang ke hadapan," ujarnya.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 Novemver 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Dalam perkembangan lain, Zehra berpuas hati mendapat kedudukan kelima di pentas akhir GV11 malah tidak ‘bermimpi’ bergelar juara.
Sebaliknya, fokusnya adalah untuk memberikan persembahan terbaik buat penonton.
“Sewaktu dapat melayakkan diri ke peringkat akhir, saya meletakkan diri di kedudukan paling rendah kerana semi final saya berada di tempat kedua akhir.
“Jadi saya tidak meletakkan harapan tinggi di pentas akhir dan hanya ingin memberikan persembahan sehabis baik,” katanya.
Gelaran juara GV11 dimenangi oleh penyanyi Liza Aziz manakala Ning Baizura pula muncul selaku naib juara dan tempat ketiga milik Sheila Abdul.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmm,,, harap baik-baik jelahhh.. sebab script mcm ni dah selalu dgr... |
|
|
|
|
|
|
|
Nyahhh, orang laki kalau nak privasi, dia tak bukak fon. Lantaklah orang nak komen apa, atau sejuta notifications masuk pun, diorang buat tak tau je. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dia pakai baju arab nyanyi lagu nour el cham sambil menari2 tu meols terbayang ummi hafilda |
|
|
|
|
|
|
|
Harap yg baik-baik la yee. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun suara ok sedap la jugak tapi bab joget2 mcm over lak..moga yg baik2 la… |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu dia ada anak girl. Kira 2nd marriage nie pun ada konflik kekeluargaan. Hopefully gosip nie tak benar lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum final tu I ada tanya dengan ex bos dia. Ex bos dia kata 'tak problem lah, they're loving couple'
Yang ada problem maybe,dia dengan ex-wife husband dia ttg anak tiri dia.
Husband dia kan orang rtm, maybe org kerajaan takleh di'expose',tu yang simpan gambar2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok kot both of them pun perkahwinan kedua harap ok lah |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 10-2-2025 06:23 PM
Sebelum final tu I ada tanya dengan ex bos dia. Ex bos dia kata 'tak problem lah, they're loving c ...
Oh gitu...tenkiu ya untuk info.
Jadinya anak tiri dia tinggal dgn omak & ZZ ada anak dgn current hubby. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg mggu keberapa tah.. lepas nyanyi, ms tok ram komen.. dia menangis sbb konon terkenang bla bla (x igt).. ada sangkut paut ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tak penting langsung pun wartawan nak tulis nama suami pertama dia. Buat apa nak letak |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 10-2-2025 12:05 PM
Ok kot both of them pun perkahwinan kedua harap ok lah
Oh sama2 dah pernah kawin ek. Ingat laki tu belum.. p |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 10-2-2025 10:23 AM
Sebelum final tu I ada tanya dengan ex bos dia. Ex bos dia kata 'tak problem lah, they're loving c ...
Baguslah kalau mcm tu. Mdh2an ok semua nnti .. gv dah habis |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 10-2-2025 08:56 PM
Tak penting langsung pun wartawan nak tulis nama suami pertama dia. Buat apa nak letak
Itulahh punya pjg nama dia letak, baik letak no ic sekali |
|
|
|
|
|
|
|
yihh apoo laki gini... kalau iols, iols direct tanya "you malu ke org tau wife you retis??"
lol |
|
|
|
|
|
|
|
Asihat I…baik la kau balik kerja dgn RTM as newscaster…lagi seronok dari nyanyi dan nari ala ala arab yg tak sopan. |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 10-2-2025 05:19 PM
Baru tahu dia ada anak girl. Kira 2nd marriage nie pun ada konflik kekeluargaan. Hopefully gosip nie ...
Apa konflik kekeluargaan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 11-2-2025 12:53 AM
Oh sama2 dah pernah kawin ek. Ingat laki tu belum.. p
Laki tu duda anak 2 sebelum kawen dgn zz. Zz pulak perkahwinan pertama dulu cuma 6 bulan ja. Dgn laki skg dorang ada anak girl 3 fahun |
|
|
|
|
|
|
| |
|