CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5566|Reply: 0

[Sarawak] 30 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Dalat

[Copy link]
Post time 5-2-2025 04:23 PM | Show all posts |Read mode


Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Dalat petang tadi. - Gambar JBPM

DALAT: Seramai 30 mangsa banjir dari tiga kampung di daerah ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Dalat susulan kejadian banjir yang melanda kawasan tersebut petang tadi.  

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi pemindahan yang bermula jam 5.30 petang itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dengan kerjasama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Dalat serta Pejabat Daerah Dalat.  
Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak dan warga emas.  


Operasi pemindahan yang bermula pada jam 5.30 petang tadi. - Gambar JBPM

"Pemindahan dilakukan menggunakan aset keselamatan seperti bot penyelamat bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas akibat kenaikan air secara mendadak.  

"Berdasarkan laporan terkini, seramai 10 mangsa dari Kampung Klid, 15 dari Kampung Medong dan lima dari Kampung Narub telah dipindahkan ke PPS," menurut kenyataan itu.  

Sementara itu, anggota bomba bersama Pasukan Bomba Sukarela Pekan Dalat kini giat menjalankan operasi pemantauan banjir di sekitar kawasan terjejas.  


Mangsa yang dipindahkan hari ini daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak dan warga emas. - Gambar JBPM

Hasil pemantauan mendapati kawasan tersebut mengalami kenaikan air pasang yang tinggi, menyebabkan beberapa bahagian banjir.  



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.214199 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list